Wednesday, January 7, 2009

ASAL USUL MERBOK...


Merbok merupakan sebuah pekan yang terletak di Kedah, Malaysia. Kawasan bersejarah iaitu Lembah Bujang terletak di sini.

Pekan Merbok mendapat namanya dari istilah bahasa Langkasuka iaitu “merbok” yang bererti ‘tempat perisytiharan dipersampaikan’. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, pengisytiharan Islam sebagai agama rasmi negeri Kedah telah dilakukan di pelabuhan Kuala Merbok yang berhampiran dengan ibu negeri Kedah pada masa itu yang terletak di Bukit Meriam. Dalam erti kata yang lain, nama Pekan Merbok tidak ada kena-mengena dengan nama burung merbok di dalam bahasa Melayu.

0 comments: