Monday, September 12, 2011

PROSES MENYIAPKAN BUMBUNG ATAP PONDOK ...



kerja-kerja menyiapkan bumbung atap nipah secara berkala di jalankan. kerja-kerja di buat pada waktu malam sehingga jam 1.00 pagi.

ini kerana kebanayakkan ahli kelab bekerja di siang hari. jadi waktu malam di manfaatkan untuk kerja-kerja tersebut.





ATAP UNTUK PONDOK GENDANG KITA ...



atap nipah 2 berlapis tersedia untuk di kerjakan di bumbung pondok gendang irama puncak belau.

sebanyak 400 keping atap telah di beli dari pengusaha atap di kampung sungai pial tanjung dawai. mahal ni. sekeping seringgit. sapa-sapa yang free masa terluang tu, mintak tolong mai atoq atas bumbung sat ...

WAJAH BARU PUSAT TUISYEN BELAU ...



kerusi tuisyen di belau kini berwajah baru. ia di sumbangkan oleh Universiti Sains Malaysia pulau pinang.

kedua-dua bangunan tuisyen kini di penuhi oleh kerusi universiti. kerusi lama dan meja lama yang telah di gunakan sejak 14 april 2008 ( sumbangan S.k merbok pusat dan S.K kg Pasir) akan di simpan untuk di ubah suai bagi kegunaan meja komputer.


terima kasih kepada semua AJK kelab yang bertungkus lumus mengankut kerusi ini dari pusat giat ilmu kampung sungai batu besi. sampai man\ghrib baru selesai ...





UPDATE PICS : BBQ PUSAT TUISYEN ...





beberapa gambar lagi yang tertinggal. tak dapat update. batery camera kong.

jadi yang tak der dalam gambar sila tuntut gambar anda daripada camera man.

kalau tak mau tuntut pun tak pa. buat tak tau jaaa...


terima kasih kepada semua yang terlibat dalam manjayakan bbq kecil-kecilan ini ...



Sunday, September 11, 2011

AYAM GOLEK UNTUK KTA...



ayam golek? kini jadi ayam bakar. udang bakar yang besor-besor yang banyak cepat pulak habis.

majlis ini juga turut di hadiri oleh pasukan gendang belau dan juga tok guru silat minangkabau.





BBQ KELAB BELAU ....



kehadiran yang menggalakkan AJK kelab berkumpul untuk makan-makan. bbq ini kali pertama diadakan di sini. sering kali kelab menganjurkan bbq di surau ketika hari raya puasa setiap tahun.

nbamun bbq di pusat tuisyen ini diadakan khas untuk ajk kelab sahaja.

namun, bbq raya di surau tetap diadakan kerana itu adalah acara tahunan.

bbq kelab belau ini adalah bertujuan bagi mengumpulkan semula ajk kelab berjumpa antara lain. maklumlah sering sibuk dengan tugas masing-masing. susah nak jumpa kerap-kerap..





PERSEDIAAN BBQ UNTUK AJK KELAB BELAU ..



cadangan untuk mengadakan majlis silaturrahim antara ahli kelab belau. maka satu jamuan bbq diadakan di perkarangan pusat tuisyen kampung belau.

pada siangnya pelbagai menu yang buat untuk persediaan malam.



antara menu yang bakal di hidangkan ialah:

- udang bakar / gred A

- ketam bakar

- ayam bbq

- ikan temenung bakar

- hot dog panggang





MERIAHNYA .. TERBAIK...PULUT DURIAN ...



terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini dari awal hingg akhirnya.

terima kasih juga kepada tetamu, ahli bersekutu kelab serta ibu bapa waris ke majlis ini.


bagi yang tidak dapat hadir, isyaallah kita akan anjuurkan lagi pada tahun hadapan. majlis yang sama, di tempat sama.





KEHADIRAN PENASIHAT KEHORMAT KELAB PUNCAK...



majlis jamuan juga berbesar hati atas kehadiran penasihat kehormat kelan pendidikan dan kebajikan puncak, Prof Dato` Dr. Shahrom Ahmat dan juga isteri Datin Fakitah.

beliau banyak berjasa kepada kelab puncak hingga ke tahap ini. bayank memberi sumbangan dan idea bersama pengasa kelab Tn. hj. Romli Bakar.





KEHADIRAN ORANG KAMPUNG DI MAJLIS KELAB BELAU ...



program ini mendapat sambutan menggalakkan dan kerjasama dari orang kampung.

berikut beberapa gambar yang sempat di rakamkan pada majlis tersebut ...





PERSEMBAHAN SILAT MINANGKABAU TITI BATANG



di majlis tersebut juga persembahan silat minangkabau titi batang id adakan. gelanggang silat adalah bersebelahan dengan dewan utama kelas tuisyen.


latihan silat idadakan setiap minggu iaitu setipa jumaat malam sabtu di sini.


silat minangkabau titi batang lembah bujang merbok adalah di bawah pimpinan pak lang abdul hamid osman. persembahan silat ini juga sering di undang ke majlis keramaian dan kenduri kahwin.





PERSEMBAHAN GENDANG IRAMA PUNCAK BELAU



pada hari majlis jamuan pulut durian itu juga di adakan persembahan gendang silat irama puncak belau. ini merupakan produk kelab cawangan kampung belau.



persembahan ini diadakan bagi prpomosi kepada hadirin yang datang. pelbagai muzik silat dan lagu irama di mainkan bagi memeriahkan majlis. muzik dan gendang ini sering di tempah ke kenduir kahwin dan majlis keramaian yang lain...





JAMUAN DURIAN KAMPUNG



majlis jamuan durian anjuran kelab pendidikan dan kebajikan puncak cawangan belau mendapat sambutan menggalakkan.

kehadiran diaanggrakan hampir 300 orang.


isyaaallah majlis ini diadakan secara tahunan. ini kerana setiap tahun mulai 2008, pihak kelab berjaya menjayakannya.

ini juga kerana buah-buahan menjadi setiap tahun.