Sunday, September 11, 2011

AYAM GOLEK UNTUK KTA...



ayam golek? kini jadi ayam bakar. udang bakar yang besor-besor yang banyak cepat pulak habis.

majlis ini juga turut di hadiri oleh pasukan gendang belau dan juga tok guru silat minangkabau.





BBQ KELAB BELAU ....



kehadiran yang menggalakkan AJK kelab berkumpul untuk makan-makan. bbq ini kali pertama diadakan di sini. sering kali kelab menganjurkan bbq di surau ketika hari raya puasa setiap tahun.

nbamun bbq di pusat tuisyen ini diadakan khas untuk ajk kelab sahaja.

namun, bbq raya di surau tetap diadakan kerana itu adalah acara tahunan.

bbq kelab belau ini adalah bertujuan bagi mengumpulkan semula ajk kelab berjumpa antara lain. maklumlah sering sibuk dengan tugas masing-masing. susah nak jumpa kerap-kerap..





PERSEDIAAN BBQ UNTUK AJK KELAB BELAU ..



cadangan untuk mengadakan majlis silaturrahim antara ahli kelab belau. maka satu jamuan bbq diadakan di perkarangan pusat tuisyen kampung belau.

pada siangnya pelbagai menu yang buat untuk persediaan malam.



antara menu yang bakal di hidangkan ialah:

- udang bakar / gred A

- ketam bakar

- ayam bbq

- ikan temenung bakar

- hot dog panggang





MERIAHNYA .. TERBAIK...PULUT DURIAN ...



terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini dari awal hingg akhirnya.

terima kasih juga kepada tetamu, ahli bersekutu kelab serta ibu bapa waris ke majlis ini.


bagi yang tidak dapat hadir, isyaallah kita akan anjuurkan lagi pada tahun hadapan. majlis yang sama, di tempat sama.





KEHADIRAN PENASIHAT KEHORMAT KELAB PUNCAK...



majlis jamuan juga berbesar hati atas kehadiran penasihat kehormat kelan pendidikan dan kebajikan puncak, Prof Dato` Dr. Shahrom Ahmat dan juga isteri Datin Fakitah.

beliau banyak berjasa kepada kelab puncak hingga ke tahap ini. bayank memberi sumbangan dan idea bersama pengasa kelab Tn. hj. Romli Bakar.





KEHADIRAN ORANG KAMPUNG DI MAJLIS KELAB BELAU ...



program ini mendapat sambutan menggalakkan dan kerjasama dari orang kampung.

berikut beberapa gambar yang sempat di rakamkan pada majlis tersebut ...





PERSEMBAHAN SILAT MINANGKABAU TITI BATANG



di majlis tersebut juga persembahan silat minangkabau titi batang id adakan. gelanggang silat adalah bersebelahan dengan dewan utama kelas tuisyen.


latihan silat idadakan setiap minggu iaitu setipa jumaat malam sabtu di sini.


silat minangkabau titi batang lembah bujang merbok adalah di bawah pimpinan pak lang abdul hamid osman. persembahan silat ini juga sering di undang ke majlis keramaian dan kenduri kahwin.





PERSEMBAHAN GENDANG IRAMA PUNCAK BELAU



pada hari majlis jamuan pulut durian itu juga di adakan persembahan gendang silat irama puncak belau. ini merupakan produk kelab cawangan kampung belau.



persembahan ini diadakan bagi prpomosi kepada hadirin yang datang. pelbagai muzik silat dan lagu irama di mainkan bagi memeriahkan majlis. muzik dan gendang ini sering di tempah ke kenduir kahwin dan majlis keramaian yang lain...





JAMUAN DURIAN KAMPUNG



majlis jamuan durian anjuran kelab pendidikan dan kebajikan puncak cawangan belau mendapat sambutan menggalakkan.

kehadiran diaanggrakan hampir 300 orang.


isyaaallah majlis ini diadakan secara tahunan. ini kerana setiap tahun mulai 2008, pihak kelab berjaya menjayakannya.

ini juga kerana buah-buahan menjadi setiap tahun.





KENDURI PULUT DURIAN DAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN DI PUSAT TUISYEN BELAU ...


jamuan dan kenduri pulut durian telah diadakan di pusat giat ilmu kampung belau. ini kerana pada musim ini durian menjadi. sebagai tanda kesyukuran satu kenduri durian telah diadakan.

turut hadir pada majlis tersebut ialah wakil CIMB Kg Baru sungai Petani, AJK Lions Club, Sp Club, Hospital Metro, PDRM Merbok, wakil dari USM, ibu bapa pelajar dan orang-orang kampung.

majlis berjalan dengan meriah dan lancar.

KERJA MENYIAPKAN PONDOK gENDANg SEMENTARA



kerja-kerja untuk siapkan pondok sementara gendang di jalankan bagi persembaan yang akan diadakan pada masa terdedekat.
terima kasi pada semua terlibat dalam usaha menjayakan majlis ini
bumbung sementara ini menggunakan kenvas. ini kerana atap yang di tempah belum siap sepenuhnya.
oleh kerana majlis jamuan durian dan buah-buahan tempatan di jadualkan pada masa terdekat. iaiatu sebelaum masuk bulan ramadhan al-mubarak

Sunday, September 4, 2011

Komentar: Inilah sebabnya, Rasulullah sukakan kucing

Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak naji
s? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji.
Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.


Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.
Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus.
Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapatkan adalah:


1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

Wednesday, August 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT MERDEKA ....

Kamus Dewan memberi makna merdeka sebagai (1) bebas daripada penjajahan, kurungan dan naungan; (2) lepas daripada tebusan dan tuntutan; (3) berdiri sendiri, tidak bergantung pada yang lain.

Apakah makna merdeka bagi sebuah negara bernama Malaysia ini? Saya yakin tidak ramai rakyat Malaysia menterjemah makna merdeka mengikut Kamus Dewan. Rakyat Malaysia gemar menterjemahnya mengikut selera sendiri.

Makna merdeka bagi pak cik dan mak cik yang membanting tulang di sawah dari pagi sehingga ke petang tidak sama dengan Apek tua berseluar pendek yang menjual bubur di kaki lima bangunan. Makna merdeka bagi penoreh yang hanya kenal estet berbeza dengan pegawai kerajaan dan menteri yang bergaji empat lima angka.

fikir-fikirkanlah...
jom tanya depa anak-anak sekarang ...
SALAM MERDEKA ke 54 - Dari kelab puncak belau