DOA / SELAWAT PENAWAR ...
Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkatbaginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan jugamemberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.
Wahai sahabat sekalian di waktu kita di serang penyakit yang berwabak pada ketika ini….Marilah kita sama-sama amalkan selawat syifa’ diatas moga2 allah melindungi kita darinya.Doa akan dimakbulkan kerana selawat, inilah yg menaikkan doa itu ke langit.
Doa juga akan diterima dgn berkat berselawat.
Sebab itu selawat ada dlm doa. 

Tuesday, August 11, 2009
DOA SELAWAT PENAWAR WABAK VIRUS INFLUENZA A - H1N1 ... insya-Allah ..
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Tuesday, August 11, 2009 0 comments
MAI NAK BAGI TAU PASAI H1N1 : SELIMUTKAN HIDUNG DAN MULUT ANDA SEBELUM ANDA DISELIMUTKAN SEPENUHNYA ....
Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi.
1.orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemokPosted by KPSDK Kg Belau Merbok at Tuesday, August 11, 2009 0 comments
JEMPUTAN CERAMAH ANJURAN RISDA DI KG PAYA KELADI HUJUNG, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG.
TARIKH : 08 ogos 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
JEMPUTAN CERAMAH ANJURAN RISDA DI KG PAYA KELADI HUJUNG, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Tuesday, August 11, 2009 0 comments
PERMAINAN DAN LATIHAN GENDANG DI PUSAT GIAT ILMU BELAU.
TARIKH : 05 ogos 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PERMAINAN DAN LATIHAN GENDANG DI PUSAT GIAT ILMU BELAU.
DImaklumkan bahawa KELAB BELAU telah menjemput pasukan gendang ke pusat giat ilmu kampung belau untuk sama-sama berkumpul bermain gendang. Program seperti ini sering dibuat setiap bulan cara bertukar tempat. Walaupun pondok gendang sedia ada digunakan saban malam, namun aktiviti menukar tempat lain sekali sekala menjadikannya lebih menarik.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Tuesday, August 11, 2009 0 comments
Monday, August 10, 2009
LAWATAN KE KAMPUNG LUBUK KIAB, SIDAM UNTUK BERSAMA-SAMA MENYAMBUT PROGRAM AKHIR SEBELUM PUASA.
TARIKH : 31 juLAI 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
LAWATAN KE KAMPUNG LUBUK KIAB, SIDAM UNTUK BERSAMA-SAMA MENYAMBUT PROGRAM AKHIR SEBELUM PUASA.


DImaklumkan bahawa KELAB BELAU bersama-sama ahli silat minangkabau telah sama-sama ke kampung lubuk kiab, sidam untuk sama-sama menyambut program terakhir sebelum bulan puasa.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Monday, August 10, 2009 0 comments
KENDURI KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT UNTUK TAWARAN BEKERJA DI SHEN ZIEN, CHINA.
TARIKH : 30 juLAI 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
KENDURI KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT UNTUK TAWARAN BEKERJA DI SHEN ZIEN, CHINA.
DImaklumkan bahawa KELAB BELAU bersama-sama jawatankuasa pusat tarbiyah islam kampung belau merbok telah sama-sama meraikan majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat untuk penduduk seta ahli kelab yang telah mendapat tawaran bekerja di Negara china.

Seramai lima orang termasuk seorang jawatankuasa kelab belau akan bertolak kesana pada 31 julai 2009 dengan menaiki kapal terbang di bayan lepas, pulau pinang. Pemergian ke Negara tersebut adalah selama 5 bulan bermula ogos 2009 dan berakhir pada 31 disember 2009. Ini bertujuan bagi membangunkan sector peindustrian kilang disana yang dahulunya beroperasi di merbok iaitu MDF merbok. Semoga pergi dan pulang dengan selamat....
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Monday, August 10, 2009 0 comments
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR.
TARIKH : 23 juLAI 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR.

DImaklumkan bahawa KELAB BELAU dengan ini ingin mengucapkan selamat menghadapi peepriksaan percubaan UPSR bagi pelajar terbabit khasnya bagi pelajar di pusat giat ilmu kampung belau khasnya dan pelajar di bawah tuisyen kelab puncak amnya.
Semoga pelajar-pelajar terbabit dapat menjawab dengan tenang serta dengan baik. Bagi palajar terbabit juga di nasihatkan agar bersungguh-sungguh menghadapi peperiksaan terbabit kerana ianya adalh hampir sama dengan kertas peperiksaan sebenar. Selain itu juag, statistic dan kajian terdahulu peepriksaan percubaan ini merupakan kayu ukur sebenar dalam menghadapi peepriksaan kebangsaan tersebut.
Jangan lupa baca doa. Jangan lupa berusaha dan bertawakkal.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Monday, August 10, 2009 0 comments
PROJEK SAPU LANTAI TINGKAT BAWAH BANGUNAN PUSAT TARBIYAH ISLAM DI KAMPUNG BELAU MERBOK.
TARIKH : 19 juLAI 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROJEK SAPU LANTAI TINGKAT BAWAH BANGUNAN PUSAT TARBIYAH ISLAM DI KAMPUNG BELAU MERBOK.

DImaklumkan bahawa KELAB BELAU bersama-sama dengan MKK serta penduduk kampung mengadakan mmajlis projek sapu lantai tingkat bawah bangunan pusat tarbiyah islam kampung belau merbok. Hasil sumbangan orang ramai, bangunan ini terus di naik taraf bagi menyiapkannya sepenuhnya.

Kerja-kerja menaik taraf bangunan ini telah dilaksanakan oleh tukang-tukang berpengamalan secara berperingkat. Kerja-kerja ini dilaksanakan pada hari cuti hujung minggu kerana ramai penduduk cuti dan boleh sama-sama member sumbangan dalam melaksanakan kerja ini.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Monday, August 10, 2009 0 comments
Tuesday, July 21, 2009
MALAM SIREH PINANG SENI SILAT MINANGKABAU TITI BATANG CAWANGAN KAMPUNG BELAU MERBOK.
TARIKH : 18 juLAI 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MALAM SIREH PINANG SENI SILAT MINANGKABAU TITI BATANG CAWANGAN KAMPUNG BELAU MERBOK.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Y.B Dr. Hj. Hamdan Mohamed Khalib, Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah. Simbolik perasmian adalah dengan ketukan tiga kali gong. Majlis tersebut di hadiri lebih 200 orang. Sireh pinang di laksanakan oleh tok guru silat, Pak Lang Abdul Hamid dan di bantu oleh anak muridnya yang berpengalaman. Persembahan silat dan permainan gendang juga di persembahkan. Majlis berjalan dengan lancarnya.
Sekian untuk makluman.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Tuesday, July 21, 2009 0 comments
PENGUMUMAM TERKINI TUISYEN DI KELAB BELAU
TARIKH : 15 juLAI 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PENGUMUMAM TERKINI TUISYEN DI KELAB BELAU
Maka, dengan ini di maklumkan pusat tuisyen di kelab belau di teruskan seperti biasa seperti jadual lalu. Bagi pelajar yang terpilih mengikuti tuisyen di sekolah pada hari sabtu, di galakkan menghadiri tuisyen tersebut. Bagi pelajar lain, pusat giat ilmu kampung belau meneruskan tuisyen seperti biasa setiap minggu seperti sebelum ini.
Sekian untuk makluman.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Tuesday, July 21, 2009 0 comments
SESI PERJUMPAAN SELURUH AHLI SILAT MINANGKABAU MERBOK
TARIKH : 10 juLAI 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
SESI PERJUMPAAN SELURUH AHLI SILAT MINANGKABAU MERBOK
Hampir 200 orang menghadiri majlis tersebut. Walaupun hujan lebat, namun majlis di teruskan seperti biasa. Ini merupakan majlis julung-julung kali diadakan di rumah guru silat minangkabau titi batang diadakan. Majlis berjalan dengan lancar.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Tuesday, July 21, 2009 0 comments





