lagi video berkaitan penanaman bakau. program tanam bakau secara beramai-ramai. macama mana depa tanam....tengok kat video tue... HARAP-HARAP NAIK DAN HIDUPLAH POKOK TUE. lgi 2,3 bulan kita buat Lawatan tengok macam mana keadaan pokok tue... terima kasih untuk semua.....
Thursday, June 11, 2009
VIDEO: MACAM MANA NAK TANAM BAKAU ???
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Thursday, June 11, 2009 0 comments
Wednesday, June 10, 2009
VIDEO: program tanam bakau anjuran Sahabat alam Malaysia (SAM) & Kelab Puncak Lembah Bujang ...
video memaparkan program menanam benih pokok bakau di sekitar pesisir sungai merbok. program ini disertai ahli sahabat alam, fasilitator program, sukarelawan, pelajar universiti, ajk kelab puncak, penduduk kampung, aktivis serta kanak-kanak tuisyen yanbg menyertai program ini. aktiviti ini adalah lanjutan dalam program pemuliharaan dan pemeliharaan hutan paya bakau anjuran sahabat alam malaysia (SAM) dan kelab puncak lembah bujang (Kelab Puncak) di kampung sungai batu besi merbok. program ini menanamlkan rasa sayangkan hutan paya bakau serta sungai yang memberi rezeki kepada manusia serta berkhidamat untuk hidupan. selain dapat mempertahankan warisan hutan serta kepentingan ekosistemnya nya, program seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara NGO dan penduduk setempat....
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, June 10, 2009 0 comments
SEKITAR PROGRAM SAM BERSAMA KELAB PUNCAK DI SG BATU BESI MERBOK ...
di antara gambar-gambar asing yang sempat di rakamkan semasa program sabahat alam malaysia dan puncak sebelum kehabisan bateri. tengok budak-budak ni syok habis, nama saja budak kampung...tapi tak tinggai tepi laut...tu yang perak buih sikit tue....
ada yang memandai-mandai pi kayuh perahu tengah-tengah sungai. tak penah try...mai sini jumpa pakat nak kayuh perahu la pulak..naib baik tak dak apa-apa.... yang menjala ikan waktu malam pun ada. udang-undang yang dapat tue berjaya di goreng bersama mee hun pada pagi esoknya untuk santapan di raja bersama....
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, June 10, 2009 0 comments
PERKHEMAHAN DI TEPI SUNGAI KAMPUNG BATU BESI ...
sempena program kelab puncak bersama sahabat alam malaysia tersebut dan program untuk kanak-kanak yang dilaksanakan, pameran berkaitan juga di buat. dimana 2 buah khemah besar dididirikan untuk tujuan tersebut termasuk dewan makan.
untuk makluman, sepanjang program tersebut berlangsung ( 4hari), program camping juga di lakukan. iaitu sekitar 2 hari program kesedaran untuk kanak-kanak tuisyen itu pada 31 haribulan malam. maka, bergotong royong lah kanak-kanak tersebut besama fasilitatot masing-masing mendirikan khemah untuk bermalam.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, June 10, 2009 0 comments
PROGRAM BERSAMA SAHABAT ALAM MALAYSIA ...
seperti makluman terdahulu berkaitan program kelab puncak bersama sahabat alam malaysia yang mengadakan program berkaitan di pusat giat ilmu kampung batu besi. dimana program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan. program tersebut anjuran sahabat alam malysia bersama aktivis dan sukarelawan.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, June 10, 2009 0 comments
PROJEK LAGI : MENAIK TARAF BANGUNAN MINI PERPUSTAKAAN KELAB BELAU ...
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, June 10, 2009 0 comments
PROJEK: PEMBANGUNAN 2 TUISYEN -TERATAK BELAU
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, June 10, 2009 0 comments
PROJEK : NAIK TARAF BANGUNAN 1 TUiSYEN
gambaran sebenar bangunan tuisyen 1 - teratak huzamir setelah selsai proses naik taraf. di mana bumbung lama jenis kanvas telah digantikan dengan zink.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, June 10, 2009 0 comments
Thursday, May 21, 2009
CADANGAN KEM MOTIVASI BERSAMA SAHABAT ALAM MALAYSIA ...

PIHAK KELAB PUNCAK (kelab pendidkan dan kebajikan puncak-lembah bujang) dengan ini bercadang akan mengadakan kursus motivasi bersama Sahabat Alam Malaysia cawangan Pulau Pinang beserta Persatuan anak-anak kedah USM. Tempat yang dicadangkan ialah di Pusat Giat Ilmu Kg. sungai Batru Besi iatu di tapak Karnival Masyarakat Lestari berdekatan dengan Pusat Tuisyen Terapung.

Tajuk : Program Bersama Sahabat Alam Malaysia (SAM) Penang.
Tarikh: 30/05/20091 hingga 02/06/2009 (kursus pelajar bermula pada 31/05/2009).
Tempat: Pusat Tuisyen Kg. Sg. Batu Besi Merbok
anjuran : Sahabat alam Malaysia
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Thursday, May 21, 2009 0 comments
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN/LAWATAN KE PUSAT GIAT ILMU...


Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Thursday, May 21, 2009 0 comments
Monday, May 18, 2009
SELAMAT HARI GURU ......
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
.Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Monday, May 18, 2009 0 comments
Sunday, May 10, 2009
LAWATAN KAKITANGAN PERPUSTAKAAN USM -KE PUSAT TUISYEN BELAU
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, May 10, 2009 0 comments
PROJEK NAIK TARAF GELANGGANG SILAT
bangsal khas untuk latihan gendang telah siap. tetapi bumbung sementara lagi. kira ok la tue. budget tak cukup..nak buiat macam mana. bangsal ini terletak bersebelahan dengan gelanggang silat. hampir setiap malam ada latihan gendang disini.

latihan silat pula diadakan pada setiap malam jumaat dan selasa sahaja, iaitu 2 kali seminggu. setiap latihan silat diiringi dengan gendang silat. nampaknya..zaman kegemilangan melayu tulen kembali bertapak di kampung belau merbok.

kali pertama juga dalam sejarah tempat ini menjadi tumpuan dan perjumpaan antara penduduk kampung. dimana para golongan veteran, belia dan kanak-kanak sering bertumpu di sini pada malam tertentu untuk latihan silat dan gendang. disamping dapat menegratkan hubungan silaturrahum rahim...program ini juga memberi manfaat kepada penduduk kampung....
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, May 10, 2009 0 comments
Saturday, May 9, 2009
KERJA-KERJA MENGANTIKAN BUMBUNG BARU BANGUNAN TUISYEN
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Saturday, May 09, 2009 0 comments
Sunday, April 26, 2009
PROGRAM RIADAH: MAIN FUTSAL ANTARA AHLI KELAB .
TARIKH : 19 APRIL 2009 / 223rabiulaKHIR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROGRAM RIADAH: MAIN FUTSAL ANTARA AHLI KELAB .


DImaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK dengan ini memaklumkan telah mengadakan perlawanan futsal antara ahli kelab. Aktiviti yang tidak di rancangkan ini Berjaya di laksanakan.


Perlawanan ini bermula pada jam 9.00 malam di billion sungai petani tingkat 4. Lama tak main, rasa penat tahap apa ntah. Dah berapa tahun tak main futsal nie. Banyak gol jugak la kena. Tapi tak pa, lain kali kita pi main lagi. Kali ni gerenti menang...
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, April 26, 2009 0 comments

