Wednesday, June 10, 2009

VIDEO: program tanam bakau anjuran Sahabat alam Malaysia (SAM) & Kelab Puncak Lembah Bujang ...


video memaparkan program menanam benih pokok bakau di sekitar pesisir sungai merbok. program ini disertai ahli sahabat alam, fasilitator program, sukarelawan, pelajar universiti, ajk kelab puncak, penduduk kampung, aktivis serta kanak-kanak tuisyen yanbg menyertai program ini. aktiviti ini adalah lanjutan dalam program pemuliharaan dan pemeliharaan hutan paya bakau anjuran sahabat alam malaysia (SAM) dan kelab puncak lembah bujang (Kelab Puncak) di kampung sungai batu besi merbok. program ini menanamlkan rasa sayangkan hutan paya bakau serta sungai yang memberi rezeki kepada manusia serta berkhidamat untuk hidupan. selain dapat mempertahankan warisan hutan serta kepentingan ekosistemnya nya, program seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara NGO dan penduduk setempat....

SEKITAR PROGRAM SAM BERSAMA KELAB PUNCAK DI SG BATU BESI MERBOK ...



di antara gambar-gambar asing yang sempat di rakamkan semasa program sabahat alam malaysia dan puncak sebelum kehabisan bateri. tengok budak-budak ni syok habis, nama saja budak kampung...tapi tak tinggai tepi laut...tu yang perak buih sikit tue....





ada yang memandai-mandai pi kayuh perahu tengah-tengah sungai. tak penah try...mai sini jumpa pakat nak kayuh perahu la pulak..naib baik tak dak apa-apa.... yang menjala ikan waktu malam pun ada. udang-undang yang dapat tue berjaya di goreng bersama mee hun pada pagi esoknya untuk santapan di raja bersama....












ada yang sempat posing lagi..ambik port baik untuk buat kenangan. untuk makluman.....ini kali pertama program tersebut diadakan berkaiatan hutan paya bakau. tak penah la pulak budak-budak ni terjun dalam paya bakau. harap-harap lepas ni SAM buat programn lagi kot. biaq satu kampung turun dalam paya bakau ....

PERKHEMAHAN DI TEPI SUNGAI KAMPUNG BATU BESI ...



sempena program kelab puncak bersama sahabat alam malaysia tersebut dan program untuk kanak-kanak yang dilaksanakan, pameran berkaitan juga di buat. dimana 2 buah khemah besar dididirikan untuk tujuan tersebut termasuk dewan makan.





untuk makluman, sepanjang program tersebut berlangsung ( 4hari), program camping juga di lakukan. iaitu sekitar 2 hari program kesedaran untuk kanak-kanak tuisyen itu pada 31 haribulan malam. maka, bergotong royong lah kanak-kanak tersebut besama fasilitatot masing-masing mendirikan khemah untuk bermalam.












di sini, pihak kelab belau mewakili seluruh cawangan pusat giat ilmu di bawah naungan kelab puncak lembah bujang ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sahabat alam malaysia serta sukarelawan yang terlibat di dalam menjayakan program pemuliharaan dan pemelihraan hutan bakau di sungai merbok kedah...

PROGRAM BERSAMA SAHABAT ALAM MALAYSIA ...

seperti makluman terdahulu berkaitan program kelab puncak bersama sahabat alam malaysia yang mengadakan program berkaitan di pusat giat ilmu kampung batu besi. dimana program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan. program tersebut anjuran sahabat alam malysia bersama aktivis dan sukarelawan.










program yang diadakan juga adalah berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan paya bakau. dimana kanak-kanak disini di bimbing berkaitan perkara berkenaan berserta program riadah lain seperti motivasi, latihan dalam kumpulan, tazkirah dan lain-laian program pendidikan lain...




PROJEK LAGI : MENAIK TARAF BANGUNAN MINI PERPUSTAKAAN KELAB BELAU ...


di waktu ini satu lagi projek tajaan kelab sedang di bangunkan. iaitu dengan dengan menaik taraf bangunan mini perpustakaan antik yang sedia ada. bangunan yang ada kini hanya berbumbungkan atap dan kanvas. dengan sedikit sumbangan yang ada, maka bangunan ini akan di naik taraf.
walau bagaimanapun keaslian asal bangunan mini perpustakaan di kekalkan. ini kerana, seluruh pusat tuisyen di bawah naungan kelab puncak iaitu pusat giat ilmu bujang dan sungai batu besi masing masing telah memiliki bangunan pepustakaan tersendiri,maka di kg belau bangunan tersebut masih dalam proses pembangunan. semoga usaha tersebut berjaya....




PROJEK: PEMBANGUNAN 2 TUISYEN -TERATAK BELAU


wajah baru bangunan tuisyen ke 2 milik kelab yang di namakan teratak belau. bangunan ini yang dahulunya keseluruhan buluh telah juga di naik taraf kepada zink. projek lain bersebelahan juga sedang di bangunkan secara berperingkat




PROJEK : NAIK TARAF BANGUNAN 1 TUiSYEN

gambaran sebenar bangunan tuisyen 1 - teratak huzamir setelah selsai proses naik taraf. di mana bumbung lama jenis kanvas telah digantikan dengan zink.



terima kasih di ucapkan kepada mereka-mereka serta waris yang terlibat dalam menjayakan pembangunan di pusat giat ilmu ini...


Thursday, May 21, 2009

CADANGAN KEM MOTIVASI BERSAMA SAHABAT ALAM MALAYSIA ...



PIHAK KELAB PUNCAK (kelab pendidkan dan kebajikan puncak-lembah bujang) dengan ini bercadang akan mengadakan kursus motivasi bersama Sahabat Alam Malaysia cawangan Pulau Pinang beserta Persatuan anak-anak kedah USM. Tempat yang dicadangkan ialah di Pusat Giat Ilmu Kg. sungai Batru Besi iatu di tapak Karnival Masyarakat Lestari berdekatan dengan Pusat Tuisyen Terapung.

Kesesuain tempat tersebut di pilih ialah kerana berdekatan dengan sungai paya bakau serta infrastruktur yang baik. Program tersebut adalah berkaitan dengan aktiviti melibatkan alam sekitar. Program untuk kanak-kanak khasnya sekolah rendah bagi darjah lima dan enam akan di laksanakan pasa hari kedua. program tersebut untuk pelajar tuisyen bagi tiga cawangan pusat giat ilmu, sesiapa yang berminat juga boleh menyertai program ini. butiran seperti berikut:

Tajuk : Program Bersama Sahabat Alam Malaysia (SAM) Penang.
Tarikh: 30/05/20091 hingga 02/06/2009 (kursus pelajar bermula pada 31/05/2009).
Tempat: Pusat Tuisyen Kg. Sg. Batu Besi Merbok
anjuran : Sahabat alam Malaysia


TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN/LAWATAN KE PUSAT GIAT ILMU...

SELAMAT DATANG/AH LAN WA SAHLAN........

pihak kelab belau mewakili kelab puncak keseluruhannya mengucapkan setinggi -t inggi poenghargaan dan terima kasih atas kunjungan Y.Bhg prof. Dato`Dr. Shahrum bekas naib canselor Universiti of Brunei Darussalam bersama Datin ke pusat giat ilmu kg belau, kg bujang dan kg sg batu besi.


kehadiran beliau pada hari tersebut di sambut oleh pengasas kelab puncak iatiu Tn. Hj. Romli Bakar, Bekas timbalan pendaftar universiti Sains Malaysia. Lawatan terbabit juga mendapat penerangan lanjut berkaitan aktiviti kelab di sekitar kawasan merbok. lawatan tersebut juga di beri penertangan berkaitan plan masa depan kelab berkaiatn aktiviti yang akan dilaksanakan serta pembangunan yang akan dilaksanmakan.


semoga kerjasama ini terus akan terjalin untuk masa depan kelab puncak serta masyarakat setempat demi agama,bangsa dan negara....

Monday, May 18, 2009

SELAMAT HARI GURU ......

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
.Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Sunday, May 10, 2009

LAWATAN KAKITANGAN PERPUSTAKAAN USM -KE PUSAT TUISYEN BELAU




DI maklumkan bahawa satu lawatan daripada kakitangan perpustakaan USM - Universiti Sains Malaysia akan diadakan pada seperti butiran berikut:
hari: isnin
tarikh: 11/05/2009
jam : 10.00 pagi
tempat: pusat giat ilmu kg belau
lawatan ini diadakan ke Kelab Puncak Lembah Bujang iaitu gabungan pusat tuisyen percuma seluruh kawasan merbok iaitu kg belau, sungai batu besi dan bujang. tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dengan lebih dekat lagi aktivit yang di jalankan oleh pihak kelab. lawatan ini akan mendapat penerangan lanjut dari pengasas kelab iatu tuan hj romli bakar. pihak kelab mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas lawatan ini. pihak kelab puncak mengucapkan selamat datang...........
DARIPADA:
Kelab Pendidikan & Kebajikan Puncak Lembah Bujang
gabungan:
Pusat Giat Ilmu Kg Bujang
Pusat Giat Ilmu Kg Sg. Batu Besi
Pusat Giat Ilmu Kg Belau (Kelab Belau)

PROJEK NAIK TARAF GELANGGANG SILAT

bangsal khas untuk latihan gendang telah siap. tetapi bumbung sementara lagi. kira ok la tue. budget tak cukup..nak buiat macam mana. bangsal ini terletak bersebelahan dengan gelanggang silat. hampir setiap malam ada latihan gendang disini.

latihan silat pula diadakan pada setiap malam jumaat dan selasa sahaja, iaitu 2 kali seminggu. setiap latihan silat diiringi dengan gendang silat. nampaknya..zaman kegemilangan melayu tulen kembali bertapak di kampung belau merbok.

kali pertama juga dalam sejarah tempat ini menjadi tumpuan dan perjumpaan antara penduduk kampung. dimana para golongan veteran, belia dan kanak-kanak sering bertumpu di sini pada malam tertentu untuk latihan silat dan gendang. disamping dapat menegratkan hubungan silaturrahum rahim...program ini juga memberi manfaat kepada penduduk kampung....


Saturday, May 9, 2009

KERJA-KERJA MENGANTIKAN BUMBUNG BARU BANGUNAN TUISYEN











kerja-kerja mengantikan bumbung bangunan tuisyen telah berjaya di laksanakan dengan baik. kerja - kerja ini di ketuai oleh dua tukang yang pakar dalam bidang pembinaan rumah. ahli kelab cuma tolong bagi kayu jer la. nak naik atas bumbung tu payah sikit. bukan takut...tapi tak berapa nak berani.......
alhamdulillah....kerja siap dalam tempoh 2 hari ja. lepas ni budak-budak tuisyen dah tak kalut nak pindah tempat dah kalau hujan. dulu, kalau hujan bumbung kanvas lama tiris merata...la ni selesa dah... projek baru akan menyusul selepas ini.....

Sunday, April 26, 2009

PROGRAM RIADAH: MAIN FUTSAL ANTARA AHLI KELAB .

TARIKH : 19 APRIL 2009 / 223rabiulaKHIR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROGRAM RIADAH: MAIN FUTSAL ANTARA AHLI KELAB .


DImaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK dengan ini memaklumkan telah mengadakan perlawanan futsal antara ahli kelab. Aktiviti yang tidak di rancangkan ini Berjaya di laksanakan.

Perlawanan ini bermula pada jam 9.00 malam di billion sungai petani tingkat 4. Lama tak main, rasa penat tahap apa ntah. Dah berapa tahun tak main futsal nie. Banyak gol jugak la kena. Tapi tak pa, lain kali kita pi main lagi. Kali ni gerenti menang...


Sekian untuk makluman.


“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

KERJA-KERJA MEMBINA PONDOK UNTUK LATIHAN GENDANG SILAT DI GELANGGANG .

TARIKH : 18 APRIL 2009 / 22 rabiulaKHIR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
KERJA-KERJA MEMBINA PONDOK UNTUK LATIHAN GENDANG SILAT DI GELANGGANG .










DImaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK dengan ini memaklumkan bahawa kerja-kerja membina dan menyiapkan pondok untuk latihan gendang silat sedang giat dilaksanakan. Sesiapa yang kelapangna adalah di alu-alukan untuk sama-sama menyertainya.
Utnuk makluman lanjut boleh berhubung terus dengan tukang terbabit.


Sekian untuk makluman.


“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”