Sunday, November 23, 2008

GOTONG-ROYONG MENYIAPKAN TITI BARU DI PUSAT TARBIYAH ISLAM KAMPUNG BELAU MERBOK.

TARIKH : 11 NOVEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
GOTONG-ROYONG MENYIAPKAN TITI BARU DI PUSAT TARBIYAH ISLAM KAMPUNG BELAU MERBOK.

Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU akan bersama-sama jawatankuasa pusat tyarbiyah islam kampung belau dan warga kampung akan sama-sama melaksanakan gotong-royong untuk menyiapkan jambatan/titi baru di hadapan pusat tarbiyah.



Jambatan/titi baru tersebut di bina kerana jambatan sementara yang di buat telah uzur. Ini kerana titi lama telah rosak teruk akibat banjir. Pembinaan titi baru ini adalah sumbangan pihak yang perihatin kepada jemaah disini.
Cadangan pembinaan tersebut berikutan program kesihatan dan sains yang akan diadakan pada 15/11/2008. Ini berikutan kemungkinan kehadiran orang ramai di tapak program tersebut. Sesiapa yang kelapangan di alu-alukan ke gotong-royong tersebut yang dilaksanakan setiap hari.

Sekian untuk makluman.

Tuesday, November 18, 2008

MESYUARAT KHAS UNTUK PROGRAM KESIHATAN DAN SAINS ANJURAN USM DI KAMPUNG BELAU MERBOK

TARIKH : 09 NOVEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MESYUARAT KHAS UNTUK PROGRAM KESIHATAN DAN SAINS ANJURAN USM DI KAMPUNG BELAU MERBOK












Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU dan warga kampung belau di beri tanggungjawab untuk menganjurkan dan menguruskan program kesihatan dan sains untuk masyarakat kampung belau PADA 15/1/2008 dan sekitarnya bertempat di tanah lapang berhadapan pusat tarbiyah islam kampung belau. Mesyuarat ini diadakan bagi melicinkan system pengurusan dan pentadbiran pada hari tersebut kerana program ini julung-julung kalinya diadakan di kampung belau.
SEMUA AHLI/AJK/BIRO ADALAH WAJIB HADIR SEBAGAI MEMEGANG TANGGUNGJAWAB INI BERSAMA. BUTIRAN SEPERTI BERIKUT:

HARI: SELASA MALAM RABU
TARIKH: 11 NOVEMBER 2008
TEMPAT: PUSAT TUISYEN KG BELAU

SAMA-SAMA MENJAYAKAN PROGRAM KITA BERSAMA,,,,,,,,,,,,,,

“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

LAWATAN DARI USM (PUSAT SEJAHTERA), PERHUBUNGAN AWAM, PUSAT RACUN NEGARA DAN CETREE KE PUSAT GIAT ILMU KG BELAU

TARIKH : 07 NOVEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN




Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah menerima lawatan daripada USM iaitu dari Pusat Sejahtera (pusat kesihatan dan pergigian), pejabat perhubungan awam USM, Pusat racun Negara dan CETREE ke pusat giat ilmu kampung belau merbok.














Semasa lawatan tersebut di lakukan, mesyuarat telah diadakan antara pihak USM dan Kelab pendidikan, sukan dan kebajikan kampung belau merbok bersama ahli majlis penasihat kelab.















Dalam mesyuarat tersebut, pihak USM bercadang unuk mengadakan program khidmat masyarakat di kampung belau. Program tersebut akan dinamakan sebagai program kempen kesihatan dan sains untuk masyarakat anjuran bersama kelab. Butiran perjumpaan tersebut adalah seperti berikut:
















HARI: JUMAAT
TARIKH: 07 NOVEMBER 2008
TEMPAT: PUSAT TUISYEN KG BELAU

SAMA-SAMA MENJAYAKAN PROGRAM KITA BERSAMA,,,,,,,,,,,,,,

PERBINCANGAN CADANGAN PEMBINAAN TANDAS DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK UNTUK PELAJAR TUISYEN

TARIKH : 02 NOVEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN

PERBINCANGAN CADANGAN PEMBINAAN TANDAS DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK UNTUK PELAJAR TUISYEN
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU bersama waris pelajar dan pengasas kelab (kelab puncak lembah bujang) telah mengadakan perbincangan mengenai draf awal untuk membina tandas di pusat giat ilmu kampung belau merbok. Ini bertujuan untuk kemudahan pelajar. Ini selaras dengan peningkatan pelajar di pusat tuisyen ini.
Cadangan yang di kemukakan adalah untuk membina 3 unit tandas. 2 unit untuk pelajar lelaki dan perempuan. Manakala yang satu lagi adalah untuk tetamu vip/oku. Cadangan draf ini akan di kemukakan kepada pihak asian-pasific-organisation untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya.
Maka pihak kelab akan menyediakan pelan dan langkah kerja-kerja spesifikasi untuk tujuan tersebut. Walaubagaimanapun, langkah ini adalah peringkat permulaan. Diharapkan dapat berjalan dengan lancar. Semoga langkah dan usaha tersebut Berjaya.

SEKIAN, UNTUK MAKLUMAN................

“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

Sunday, November 16, 2008

MAJLIS TAHLIL DI PUSAT TARBIYAH ISLAM KG BELAU MERBOK

TARIKH : 30 OKTOBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MAJLIS TAHLIL DI PUSAT TARBIYAH ISLAM KG BELAU MERBOK





MAJLIS TAHLIL DI PUSAT TARBIYAH ISLAM KG BELAU MERBOK
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU bersama jemaah pusat tarbiyah islam kampung belau merbok akan mengadakan majlis bacaan tahlil. Tahlil majlis ini akan di hadiahkan kepada Allahyarham Mohd Sofi B. Abdul Rahman yang meninggal pada 30/10/2008 akibat berlaku kompilasi jantung selepas kemalangan di kg belau.
Anak allahyarham (2 orang) juga merupakan pelajar di pusat giat ilmu kampung belau. Sesiapa yang kelapangan adalah di jemput menghadiri majlis tersebut. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat keatas rohnya. Amin.
Semua di jemput hadir.............


Butiran:
HARI: SELASA (30/10/2008)
TEMPAT: PUSAT TARBIYAH ISLAM KAMPUNG BELAU MERBOK
JAM: ISYAK

SEKIAN, UNTUK MAKLUMAN................

LAWATAN DARI ASIA PASIFIC ORGANISATION , USM DAN UITM MERBOK KE PUSAT GIAT ILMU KG BELAU.

TARIKH : 27 OKTOBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
LAWATAN DARI ASIA PASIFIC ORGANISATION , USM DAN UITM MERBOK KE PUSAT GIAT ILMU KG BELAU.






Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah menerima lawatan daripada Asia Pasific Organisation (JEPUN/CHINA/TAIWAN) ke Pusat Giat ilmu Kampung Belau Merbok bersama dari Universiti Sains Malaysia (Penang) serta pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM Merbok-Islamic Banking).






Tujuan lawatan adalah untuk meninjau aktiviti yang di jalankan oleh pihak Kelab KPSDK kg belau bersama dengan Kelab puncak bunjang. Lawatan di fokuskan kepada aktiviti tuisyen percuma. Lawatan tersebut mendapat penerangan daripada Tn. Hj. Romli Abu Bakar selaku pengasas kelab. Kehadiran tetamu disambut oleh AJK kelab dan orang kampung/waris pelajar.








Butiran:
HARI: SABTU (25/10/2008) –HARI PROGRAM KESIHATAN
TEMPAT: PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK
JAM: 11:00 PAGI – 12:00 TGHARI
Nota: kelab mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas lawatan bersama tersebut.
SEKIAN, UNTUK MAKLUMAN................











SEPINTAS LALU PROGRAM DI CANDI PENGKALAN BUJANG.....



DITEMPAT PROGRAM


PAMERAN DAN KETIKA PULANG








SENAMRONIK DAN PAMERAN SUPERBIKE





GAMBAR KENANGAN



PENYERTAAN KELAB KPSDK KG BELAU DI PROGRAM ANJURAN BERSAMA KESIHATAN DAERAH KUALA MUDA.

TARIKH : 27 OKTOBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PENYERTAAN KELAB KPSDK KG BELAU DI PROGRAM ANJURAN BERSAMA KESIHATAN DAERAH KUALA MUDA.








Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah menyertai program tersebut pada 25/10/2008 ( sabtu) di candi pengkalan bujang dengan penyertaan seramai 55 orang pelajar dan 7 orang AJK KPSDK dari pusat giat ilmu kampung belau. Pelbagai aktiviti disertai. Penyertaan adalah dari ahli AJK kelab dan pelajar. Kemudahan pengangkutan disediakan oleh pihak penganjur dengan BAS MRSM merbok.














Diantara kejayaan yang diperolehi ahli/pelajar adalah :

-explorace : tempat ketiga/wang tunai/sijil/hamper
-pertandingan lukisan : saguhati/sijil/Hamper
-cabutan bertuah : saguhati/sijil/hamper
-Mewarna: saguhati/sijil/hamper

SEKIAN, UNTUK MAKLUMAN................










PROGRAM PROMOSI KESIHATAN REMAJA BESTARI & KARNIVAL SIHAT SEPANJANG HAYAT.

TARIKH : 26 OKTOBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN

PROGRAM PROMOSI KESIHATAN REMAJA BESTARI & KARNIVAL SIHAT SEPANJANG HAYAT.


Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU & KELAB PENDIDIKAN KEBAJIKAN PUNCAK , komuniti bestari mukim bujang TELAH bersama memeriahkan carnival sihat sepanjang hayat dan program promosi kesihatan remaja bestari anjuran pejabat kesihatan daerah kuala muda. Program tersebut merangkumi aktiviti untuk orang dewasa , remaja dan kanak-kanak.



Butirannya seperti berikut :
HARI : SABTU (25 OKTOBER 2008)
MASA : 8.00 PAGI-1.00 PTG
TEMPAT : CANDI PENGKALAN BUJANG MERBOK



AKTIVITI:
-pemeriksaan kesihatan/senamrobik awam/demontrasi pertolongan cemas
-pertandingan mewarna/melukis&menulis esei/explorace remaja
- konvoi persatuan kereta kancil/motor berkuasa tinggi
-pemeran agensi kerajaan&NGO/cabutan bertuah & lain-lain