Sunday, August 10, 2008

SUMBANGAN RAKET BADMINTON


Dengan ini pihak kelab pendidikan, sukan dan kebajikkan kampung belau merbok memperuntukkan dan menyumbangkan 3 raket badminton dan 1 kok bulu tangkis untuk gelanggang badminton. ini adalah untuk kegunaan ahli kelab dan anak-anak kampung yang lain. segala kos pembelian dan sumbangan tersebut adala di tanggung oleh tabung kelab. sekian untuk makluman.

beli 3 raket kira ok la tu. nak beli banyak-banyak mana ada duit. sapa-sapa ahli kelab yang kaya boleh laa beli lagi nak tambah.....

Saturday, August 9, 2008

satu lagi projek tajaan kelab.....

ada lagi projek. ..nak naik taraf gelanggang badminton. nak main pada waktu malam. kutip tiang talifon untuk memasang lampu di sekitar gelanggang.....malu kat orang aihhh...bawak tepi jalan....











PROJEK MENGUSUNG/UBAH tiang talifon untuk di jadikan tiang lampu untuk gelanggang badminton di KAMPUNG BELAU MERBOK.
Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan bahawa kelab pendidikan, sukan dan kebajikan Kampong Belau bersama ahli majlis mesyuarat kelab dengan ini merancang untuk memindahkan / mengubah tiang talifon terpakai untuk dijadikan tiang lampu di gelanggang badminton kampong belau. Jaraknya sekitar 2 KM. Dengan itu, sesiapa yang mempunyai kelapangan adalah di alu-alukan untuk menyertai kerja-kerja tersebut.
BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
HARI : JUMAAT
TARIKH : 08/08/2008 (6.00 PETANG)
TEMPAT : DI GELANGGANG BADMINTON KG BELAU
&
LORONG KE PUSAT GIAT ILMU KG BELAU (KEDAI NON)
“BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DI JINJING”
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PROJEK MENGUSUNG/UBAH JELAPANG PADI UNTUK DIJADIKAN MINI PERPUSTAKAAN DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK.

masih ada lagi semangat gotong-royong. jelapang padi terpakai di tepi sawah diusung untuk dijadikan perpustakaan mini di pusat giat ilmu kampung belau merbok. nak buat baru budget tak dak. guna apa yang ada. boleh gak budak-budak tuisyen baca buku daripada dok merapu saja.














PROJEK MENGUSUNG/UBAH JELAPANG PADI UNTUK DIJADIKAN MINI
PERPUSTAKAAN DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK.
Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan bahawa kelab pendidikan, sukan dan kebajikan Kampong Belau bersama ahli majlis mesyuarat kelab dengan ini merancang untuk memindahkan jelapang padi di sebelah gelanggang badminton ke tapak pusat giat ilmu kampong belau. Jaraknya sekitar 2 KM. Dengan itu, sesiapa yang mempunyai kelapangan adalah di alu-alukan untuk menyertai kerja-kerja tersebut.
BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
HARI : JUMAAT
TARIKH : 08/08/2008 (4.00 PETANG)
TEMPAT : DI SEBELAH GELANGGANG BADMINTON KG BELAU
&
PUSAT GIAT ILMU KG BELAU
“BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DI JINJANG”
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PEMBUKAAN RASMI GELANGGANG BADMINTON DI KAMPUNG BELAU MERBOK.

main badminton untuk isi masa lapang dan berfaedah. mana tau...kot2 ada yang boleh ganti rashid sidek....







PEMBUKAAN RASMI GELANGGANG BADMINTON DI KAMPUNG BELAU MERBOK.
Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan penduduk Kampong Belau bersama ahli majlis mesyuarat kelab dengan ini melancarkan pembukaan rasmi gelanggang badminton di kampong belau. Dengan itu, gelanggang tersebut boleh digunakan dan terbuka kepada ahli Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kg Belau dan anak-anak kampung.
BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

HARI : JUMAAT
TARIKH : 08/08/2008 (5.00 PETANG)
TEMPAT : DI GELANGGANG BADMINTON KG BELAU
“BERSUKAN UNTUK KESIHATAN”
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

CADANGAN MEMBANGUNKAN MINI PERPUSTAKAAN DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK.

CADANGAN MEMBANGUNKAN MINI PERPUSTAKAAN DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK.
Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan penduduk Kampong Belau bersama ahli majlis mesyuarat kelab bercadang untuk membina dan membangunkan mini perpustakaan di kampong belau. Dengan itu, Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kg Belau akan mengadakan perbincangan dan mesyuarat bersama Tn. Hj. Romli dan Kelab Pendidikan dan kebajikan lembah bujang berkaitan.
BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

HARI : SELASA
TARIKH : 05/08/2008 (9.00 malam)
TEMPAT : DI PUSAT GIAT ILMU LEMBAH BUJANG
“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

Tuesday, August 5, 2008

kg belau-lembah bujang-merbok


“Gunung Jerai yang menghijau obormu dulu memuncak langit menjadi petunjuk kepada kapal-kapal pedagang untuk singgah berdagang serta menyebarkan ilmu pengetahuan dan syiar Islam”

SANA SINI TUISYEN

program tuisyen percuma sana-sini.....












ketika cuti sekolah (sabtu) ada pelajar tuisyen yang terlibat juga mempunyai hari sekolah ganti di sekolah berkaitan. tetapi walau bagaimanapun tuisyen di pusat giat ilmu kampung belau (dan pusat giat ilmu lembah bujang) tetap diteruskan bagi pelajar yang tidak terlibat dengan hari persekolahan ganti (sabtu). suasana tersebut juga pernah berlaku ketika sekolah juga mengadakan tuisyen ganti (jumaat) bagi menggantikan program tuisyen pada bulan ramadhan dan hari raya. tuisyen di pusat giat ilmu tetap diteruskan seperti biasa. tuisyen sana-sani di sekitar merbok dan lembah bujang.

Monday, August 4, 2008

projek membantu pindah surau lama

gambar/foto




gambar/foto sekitar program membantu penduduk kampung belau memindahkan surau lama yang diwakafkan. oleh kerana kesuntukkan masa, kerja tersebut dilakukan sehingga malam. kerjasama semua pihak diucapkan terima kasih.

SEKITAR PROGRAM MOTIVASI BERSAMA PROF. DR.MUSTAFA KASSIM

sepintas lalu program motivasi










berikut adalah gambar/foto sekitar program motivasi bersama prof. dr. mustafa kassim dan tn. hj. romli bakar , pengarah institut pemikiran tun. dr. mahathir, universiti utara malaysia yang diadakan di pusat giat ilmu lembah bujang. program tersebut khusus untuk ibubapa dalam usaha membimbing anak-anak dalam pelajaran. program tersebut adalah anjuran bersama kelab pendidikan dan kebajikan puncak lembah bujang & kelab pendidikan, sukan dan kebajikan kampung belau merbok.

Sunday, August 3, 2008

SUASANA TUISYEN

sekilas pandangan suasana kelas tuisyen.
jumlah pelajar dipusat giat ilmu kg belau keseluruhanya adalah hampir 230 orang. ini adalah jumlah terkini sehingga awal ogos 2008.pelajar sekolah rendah (Tahap 1 -darjah 1,2&3 serta tahap 2- UPSR- 4,5 & 6) jumlah 189 orang. Sekolah menengah (PMR -ting 1,2&3 serta SPM- ting 4&5 ) -45 orang. bimbingan muet - 10 orang.

















tuisyen yang dianjurkan mendapat sambutan luar biasa. penyertaan di luar jangkaan menyebabkan kelab bertungkus-lumus menyediakan kemudahan asas dan keperluan bagi menjamin keselesaan pelajar. hasrat dan minat pelajar-pelajar atau adik-adik perlu di penuhi dalam apa cara sekalipun. berikut disertakan gambar-gambar aktiviti tuisyen mingguan yang dijalankan di pusat giat ilmu kg belau.