Monday, October 17, 2011

SELAMAT MENGHADAPI PMR 2011 ...



SELURUH AJK KELAB PUNCAK MENGUCAPKAN

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH (PMR) BAGI TAHUN 2011.

SELAMAT BERJAYA. KAMI IRINGI DOA UNTUK ANDA SEMUA....



Tuesday, October 11, 2011

UPDATE PIC: BBQ BULAN RAYA 2011 LALU....

lambat sket terima foto

pasai bbq raya lepas. tapi x pa...gambaq da mai daaa....


majlis tahunan berjalan meriah bersama takbir raya berkumandang....




SANTAPAN BBQ AJK KELAB BELAU ...



sebahagian gambar pelbagai jenis bahan santapan untuk bbq kelab.

bbq ini diadakan untuk khas ajk kelab belau. gambaq baru dapat..makanan pulak dah lama telan dah ...





ANGKUT KERUSI KULIAH SUMBANGAN USM ...

















makan-makan dan minum minum selepas mengangkut kerusi untuk pelajar tusiyen di kampung belau.






kerusi besi jenis kuliah di sumbangkan oleh universiti sains malaysia pulau pinang. sebanyak 80 buah kerusi tersebut bakal di gunakan di pusat tuisyen belau. ini sebagai gantian kepada kerusi kayu lama yang telah di gunakan sejak awal tahun 2011.

Tuesday, September 13, 2011

SELAMAT MENGHADAPI UPSR ...





Pihak kelab pendidikan dan kebajikan puncak dengan ini mengucapkan selamat berjuang menghadapi peperiksaan UPSR bagi semua pelajar darjah enam di pusat giat ilmu kampung belau, kampung sungai batu besi dan kampung bujang. semoga berjaya dalam menghadapi peperiksaan tersebut. BERMULA PADA 13 SEPETEMBER 2011





KEHADIRAN MENTERI DI RUMAH TERBUKA ...





turut hadir pada majlis rumah tersebut ialah menteri di jabatan perdana menteri (hal ehwal agama), dato` seri Jen. Jamil Khir Baharom (B).

KEHADIRAN DI RUMAH TERBUKA DI CINTA SAYANG ...

pihak kelab hadir di rumah terbuka pemilik zuffa pharmacy, Dato`Hj. Zubir Hj. Saad merangkap ketua penerangan umno merbok dan juga timbalan penerangan umno kedah.

rumah terbuka yang bermula pada jam 5.00 petang hingga 10 malam.

pihak kelab hadir pada jam 6.00 petang.





JEMPUTAN OPEN HOUSE ZUFFA PHARMACY ...



pihak kelab pendidikan dan kebajikan puncak merbok menerima jemputan ke majlis rumah terbuka pemilik zuffa pharmacy di kelab cinta sayang sungai petani kedah. berdekatan dengan the carnival sungai petani. sebanyak empat buah kereta terdiri daripada 13 orang ahli kelab hadir di rumah terbuka tersebut...





PEMASANGAN SINKI BASUHAN PANTRY ...





kerja-kerja pemasangan sinki untuk basuhan di unit pantry sajian kelab puncak belau di mulakan. di laksanakan secara berkala bergantung kepada kelapangan masa.

MEROBOHKAN BANGUNAN TERATAK BULUH ...



kerja-kerja merobohkan bangunan lama teratak buluh yang telah reput. bangunan ini telah berusia hampir 4 tahun. dimana ia di bina pada 14 april 2008. menggunakan sepenuhnya barangan semulajadi hutan. berlantai dan bertiangkan buluh serta berbumbungkan atap.





MINI PENTAS KELAB BELAU ...



kayu lebihan daripada sumbangan kontraktor pejabat tanah di gunakan untuk membina mini pentas di pusat tuisyen cawangan kampung belau.

mini pentas ini di gunakan untuk program kecil-kecilan dan juga sebagai tempat duduk pelajar silat...

Monday, September 12, 2011

PROSES MENYIAPKAN BUMBUNG ATAP PONDOK ...



kerja-kerja menyiapkan bumbung atap nipah secara berkala di jalankan. kerja-kerja di buat pada waktu malam sehingga jam 1.00 pagi.

ini kerana kebanayakkan ahli kelab bekerja di siang hari. jadi waktu malam di manfaatkan untuk kerja-kerja tersebut.





ATAP UNTUK PONDOK GENDANG KITA ...



atap nipah 2 berlapis tersedia untuk di kerjakan di bumbung pondok gendang irama puncak belau.

sebanyak 400 keping atap telah di beli dari pengusaha atap di kampung sungai pial tanjung dawai. mahal ni. sekeping seringgit. sapa-sapa yang free masa terluang tu, mintak tolong mai atoq atas bumbung sat ...

WAJAH BARU PUSAT TUISYEN BELAU ...



kerusi tuisyen di belau kini berwajah baru. ia di sumbangkan oleh Universiti Sains Malaysia pulau pinang.

kedua-dua bangunan tuisyen kini di penuhi oleh kerusi universiti. kerusi lama dan meja lama yang telah di gunakan sejak 14 april 2008 ( sumbangan S.k merbok pusat dan S.K kg Pasir) akan di simpan untuk di ubah suai bagi kegunaan meja komputer.


terima kasih kepada semua AJK kelab yang bertungkus lumus mengankut kerusi ini dari pusat giat ilmu kampung sungai batu besi. sampai man\ghrib baru selesai ...





UPDATE PICS : BBQ PUSAT TUISYEN ...





beberapa gambar lagi yang tertinggal. tak dapat update. batery camera kong.

jadi yang tak der dalam gambar sila tuntut gambar anda daripada camera man.

kalau tak mau tuntut pun tak pa. buat tak tau jaaa...


terima kasih kepada semua yang terlibat dalam manjayakan bbq kecil-kecilan ini ...