Sunday, September 11, 2011
JAMUAN DURIAN KAMPUNG
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, September 11, 2011 0 comments
KENDURI PULUT DURIAN DAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN DI PUSAT TUISYEN BELAU ...
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, September 11, 2011 0 comments
KERJA MENYIAPKAN PONDOK gENDANg SEMENTARA
bumbung sementara ini menggunakan kenvas. ini kerana atap yang di tempah belum siap sepenuhnya.
oleh kerana majlis jamuan durian dan buah-buahan tempatan di jadualkan pada masa terdekat. iaiatu sebelaum masuk bulan ramadhan al-mubarak
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, September 11, 2011 0 comments
Sunday, September 4, 2011
Komentar: Inilah sebabnya, Rasulullah sukakan kucing
Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak naji
s? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji.
Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.


Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.
Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus.
Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapatkan adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, September 04, 2011 0 comments
Wednesday, August 31, 2011
SELAMAT MENYAMBUT MERDEKA ....
Kamus Dewan memberi makna merdeka sebagai (1) bebas daripada penjajahan, kurungan dan naungan; (2) lepas daripada tebusan dan tuntutan; (3) berdiri sendiri, tidak bergantung pada yang lain.
Apakah makna merdeka bagi sebuah negara bernama Malaysia ini? Saya yakin tidak ramai rakyat Malaysia menterjemah makna merdeka mengikut Kamus Dewan. Rakyat Malaysia gemar menterjemahnya mengikut selera sendiri.
Makna merdeka bagi pak cik dan mak cik yang membanting tulang di sawah dari pagi sehingga ke petang tidak sama dengan Apek tua berseluar pendek yang menjual bubur di kaki lima bangunan. Makna merdeka bagi penoreh yang hanya kenal estet berbeza dengan pegawai kerajaan dan menteri yang bergaji empat lima angka.
fikir-fikirkanlah...
jom tanya depa anak-anak sekarang ...
SALAM MERDEKA ke 54 - Dari kelab puncak belau
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, August 31, 2011 0 comments
SALAM AIDILFITRI ...
Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Guna Blog pun dah kira grand lah ye..!
Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai Blog pun kira ok what?
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang
Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia
Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah
Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, August 31, 2011 0 comments
SELAMAT HARI RAYA 2011 / 1432 HIJRAH
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, August 31, 2011 0 comments
ANGKUT KAYU SUMBANGAN DI SUNGAI PETANI ...
alhamdulillah dapat kayu free daripada kontraktor pejabat tanah dan daerah kuala muda di sungai petani.
boleh di manfaatkan kayu terpakai ini untuk di jadikan bangunan berguna dan berfaedah untuk anak-anak tuisyen..
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, August 31, 2011 0 comments
DUIT RAYA DARI MR. BEAR A&W ...
seronoknya kanak-kanak ini mendapat duit raya dari Mr. Bear. mereka juga di hiburkan dengan gelagat mr.bear. yang pastinya tidak di ketahui apakah jantina mr. bear itu.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, August 31, 2011 0 comments
TERIMA KASIH SINAR HARIAN/AVANZA CLUB ...
sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Sinar Harian dan Kelab avanza utara atas tajaan majlis berbuka puasa lalu kepada anak-anak yatim dan miskin di A&W tesco sungai petani selatan.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, August 31, 2011 0 comments
MAJLIS BERBUKA PUASA DI A&W TESCO SUNGAI PETANI SELATAN ...
kelab puncak merbok di jemput bersama-sama menyertai majlis berbuka puasa anjuran sinar harian utara dan kelab toyota avanza utara.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, August 31, 2011 0 comments
Monday, August 22, 2011
Al- fatihah.... perginya seorang novelis.....
Pada 29 Mei lepas ramai tersentuh perasaan hadirin yang mengenali penulis Orang Tua Di Kaki Gunung apabila kisah kehebatan beliau dalam penulisan dibacakan untuk diperdengarkan sebagai salah seorang pemenang Anugerah Budayawan Kedah 2011, sedangkan beliau pada masa itu terlantar di hospital selepas menjalani pembedahan jantung.
Semalam 21 Ogos 2011 Novelis Azizi Abdullah Selamat Dikebumikan
KULIM: Jenazah novelis Azizi Abdullah yang meninggal dunia pada Ahad akibat komplikasi buah pinggang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamiul Makmur di sini selepas solat Zohor.
Gambar: Sasterawan Negara yang juga bekas Anggota Parlimen Sik Datuk Shahnon Ahmad (dua dari kiri) melawat jenazah Allayarham Azizi Abdullah di Taman Bersatu, hari ini.
Jenazah Allahyarham yang siap dimandi dan dikapan tiba dari Hospital Pulau Pinang ke rumahya di Taman Bersatu di sini kira-kira 11.30 pagi dan disambut oleh beratus-ratus orang jiran dan sahabat handai serta rakan-rakan penulis dari Kedah dan Pulau Pinang.
Antara yang menziarahi jenazahnya ialah Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad bersama keluarganya.
Allahyarham meninggal kira-kira pukul 7.50 pagi tadi.
Azizi, 69, dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang sejak 26 Mac lalu untuk menjalani pembedahan jantung.
Beliau turut menjalani rawatan buah pinggang di hospital yang sama dan berada di hospital selama enam bulan sebelum meninggal dunia.
Isterinya Zubaidah Yusuff, 64, berkata ketika melawat Allahyarham di hospital semalam, Azizi berada dalam keadaan sihat walaupun lebih suka berehat dan tidur.
Allahyarham dilahirkan di Kampung Bukit Meriam, Kota Kuala Muda.
Majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Alor Setar disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.
Pemenang Sea Writes Award, Azizi Haji Abdullah, adalah anak kelahiran Bukit Meriam, 69, sepanjang berkarya telah menghasilkan lebih 50 buah novel, 200 cerpen di samping drama televisyen dan drama radio.
Novelnya Sangeetha telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan Seorang Tua Di Kaki Gunung diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun.
Beliau telah memenangi pelbagai hadiah sastera peringkat kebangsan dan antarabangsa. Bekas guru ini mendapat pendidikan sekolah agama Dairatul Maarif Al-Wataniah Kepala Batas Seberang Perai dan Penulisan Kreatif dari Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Monday, August 22, 2011 0 comments
Sunday, July 17, 2011
laporan akhbar : Tunku Intan Safinaz rasmi Perkhemahan Kanak-Kanak Antara Kaum
ALOR SETAR - Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz baru-baru ini merasmikan Program Cintai Sungai Kita dan Perkhemahan Kanak-Kanak Antara Kaum yang diadakan di Sungai Batu
Besi (Sungai Merbok), Sungai Petani.
Program itu dianjurkan oleh pihak pengurusan Menara Alor Setar dengan kerjasama Pertubuhan Kelab Pendidikan dan Kebajikan Puncak serta badan bukan kerajaan (NGO).
Menurut Pengurus Besar Menara Alor Setar, Hariyati Tahir, program itu dianjurkan secara permuafakatan di antara agensi-agensi, badan-badan sukarela, sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi (IPT).
“Oleh itu, Menara Alor Setar mengambil inisiatif ini sebagai salah satu langkah mewujudkan suatu suasana yang sesubur mungkin agar semangat kasih sayang di antara kita dapat disemai dalam kalangan masyarakat yang berbeza keturunan, agama dan budaya,” katanya.
Beliau memberitahu, program yang diadakan itu secara tidak langsung dapat memupuk minat di kalangan masyarakat agar dapat berinteraksi dengan ikatan persahabatan dan perpaduan.
Hariyati menjelaskan, objektif utama program itu diadakan adalah untuk menekankan penghayatan dan cinta kepada alam sekitar, khususnya untuk memelihara Sungai Merbok dan hutan bakau.
“Selain itu, program ini juga diharap mampu menyemai dan memupuk semangat kasih sayang serta toleransi di antara kaum melalui suatu program perkhemahan bagi kanak-kanak antara kaum dan antarabangsa,” ujarnya.
Tambahnya, antara aktiviti yang menjadi pengisian program itu ialah sukan air, perlumbaan perahu tangkul dan kayak serta aktiviti menanam anak-anak bakau di pinggir sungai.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dato’ Dr. Hamdan Mohamed Khalib.
(akhbar sinar harian, berita harian dan the star)
-berita rtm tv1,tv3 dan tv9 jam 8.00 malam
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, July 17, 2011 0 comments
PROJEK BARU KELAB: MEMBINA PONDOK GENDANG IRAMA PUNCAK BELAU DI SEBELAH GELANGGANG SILAT ...
kerja gotong royong di laksanakan di sertai olah AJK kelab serta tukang kayu
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, July 17, 2011 0 comments
LATIHAN SILAT MINANGKABAU DI BELAU ...
di kelolakan oleh guru silat pak lang abdul hamid dan pelajar lama silat.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, July 17, 2011 0 comments




