Mohon bantuan siapkan makmal komputer
MERBOK - Kelab Pendidikan dan Kebajikan Puncak Lembah Bujang Merbok Cawangan Kampung Belau (Kelab Belau) memohon sumbangan orang ramai untuk menghulurkan bantuan kewangan dalam usaha menjayakan Projek Mini Makmal Komputer dan Mini Perpustakaan yang sedang diusahakan mereka. 
Pengerusinya, Hafis Md Ishak berkata, peruntukkan untuk membina mini komputer dan mini perpustakaan bagi kegunaan pelajar di Kampung Belau itu adalah sebanyak RM10,200 dan setakat ini mereka telah menjalankan proses pembinaan sebuah bilik makmal komputer dan sebuah bilik mini perpustakaan dengan wang yang terkumpul hasil sumbangan orang ramai dan orang perseorangan.
Menurutnya, wang terkumpul setakat ini adalah sebanyak RM5,200 sahaja dan pihaknya meneruskan usaha membina dua bilik yang diperlukan untuk menempatkan komputer dan perpustakaan itu di tapak pusat aktiviti Kelab Belau iaitu di Pusat Giat Ilmu Kampung Belau, Merbok. 
“Oleh yang demikian kami dengan rendah hati memohon bantuan kewangan sebanyak RM5,000 lagi daripada orang ramai yang sudi menghulurkan bantuan bagi menyiapkan kedua-dua bangunan tersebut.
“Kos ini adalah untuk menampung kos keperluan seperti membeli bata, simen dan pasir dengan kos RM1,600, membeli kayu dan siling dengan kos RM600, membeli bumbung zink dan kayu sebanyak RM 1,400 dan upah kerja adalah sebanyak RM1,600,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pusat Giat Ilmu Kampung Belau, Merbok.
Hafis berkata, Universiti Sains Malaysia (USM) telah bermurah hati untuk menyumbangkan sebanyak sepuluh komputer untuk kegunaan Pusat Giat Ilmu Kampung Belau dalam pengajaran dan pembelajaran penggunaan komputer bagi kanak-kanak miskin di kampung ini dan segala pengurusan dan pentadbiran makmal tersebut akan dilaksanakan oleh kelab.
Menurutnya, cadangan pembinaan mini makmal komputer dan mini perpustakaan ini adalah berikutan keperluan pelajar tuisyen di Pusat Giat Ilmu Kampung Belau ini yang terdiri daripada pelajar kampung dan kurang berkemampuan untuk mendapatkan kelas tuisyen daripada pihak luar.
“Mereka merupakan anak jati kampung ini serta kampung sekitar dan berdasarkan situasi semasa, pihak kelab mengambil inisiatif ini untuk membina mini makmal komputer dan mini perpustakaan dalam usaha untuk memenuhi keperluan pelajar kelas tuisyen di sini.
“Selama ini kami hanya menggunakan barangan terpakai untuk tujuan itu,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Kelab Belau adalah sebuah kelab yang melaksanakan aktiviti termasuk kelas tuisyen percuma, katanya.
Menurutnya, usaha yang dilakukan pihak kelab adalah bagi membolehkan remaja di sini dapat meningkatkan taraf pendidikan mereka setanding dengan pelajar di bandar.
Selain itu, katanya, pihak kelab juga menjalankan aktiviti lain untuk belia dan remaja termasuk sukan dan riadah.
Kepada sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank atas nama Pertubuhan Kelab Pendidikan Dan Kebajikan Puncak Lembah Bujang Merbok bernombor 152189021182 atau menghubungi Hafis di talian 019-5100539.
(Sumber: Sinar Harian,14 October, 2009)
rujukan : http://merboktimes.blogspot.com/2009_10_14_archive.html
laporan lama, baru terjumpa kat internet.
terima kasih merbok times yang turut melaporkan berita tersebut dulu.
Sunday, June 26, 2011
Laporan Akhbar Sinar Harian/Merbok Times : Makmal Komputer
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, June 26, 2011 0 comments
LAPORAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA : PROGRAM UPSR LALU
Program motivasi UPSR
MERBOK 4 Julai – Banjir kilat di tempat tuisyen dan bekalan elektrik terputus akibat pokok tumbang tidak menjejaskan semangat murid-murid tahun lima dan enam di Mukim Bujang untuk mengikuti Program Khidmat Masyarakat Dalam Konteks Pendidikan oleh pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini baru-baru ini. 
Murid-murid bersama ibu bapa mereka bergambar kenangan dengan pensyarah UTeM yang terlibat dalam projek kemasyarakatan di Mukim Bujang, Merbok, Kedah baru-baru ini
Empat Pensyarah tersebut ialah Profesor Dr. Md. Dan Palil, Tajul Arifin Abdullah, Saifudin Hafiz Yahaya dan Abd. Halim Hakim dari Jabatan Reka Bentuk Pembuatan Fakuti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) UTeM.
Menurut Md. Dan, pengisian utama program kemasyarakatan itu adalah untuk meningkatkan aras motivasi murid-murid di kampung berkenaan.
Di samping itu, katanya, anak-anak petani dan nelayan ini juga didedahkan dengan teknik menjawab soalan Ujian Pencapaian Sekolah rendah (UPSR) untuk mata pelajaran Sains dan Matematik.
“Malangnya sesi pengajaran menggunakan komputer riba dan pemancar LED terpaksa diganti dengan papan hitam sahaja kerana bekalan elektrik terputus,” jelas beliau.
Tajul Arifin berkata: ‘‘Kami mahu membantu meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendidikan.’’
Program dianjurkan Kelab Puncak iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang aktif memberikan pendidikan kepada anak-anak kampung yang serba kekurangan di mukim tersebut.
Pengasasnya, Romli Abu Bakar atau lebih mesra dipanggil Tok Su berkata, program kali ini dianjurkan khas untuk para pelajar mendalami subjek Matematik dan Sains.
Romli memberitahu, program bimbingan dan motivasi seperti itu telah diadakan sejak 1996.
( LAPORAN AKHBAR Utusan online :
.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0705&pg=pe_03.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&y=2010)
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, June 26, 2011 0 comments
Laporan Akhbar : Sinar Harian
MERBOK,KEDAH – Matlamat utama Kelab Pendidikan dan Kebajikan Puncak ialah membasmi kemiskinan melalui sumbangan pendidikan selain memelihara serta memulihara alam sekitar khususnya hutan paya bakau.
Pengasas kelab, Romli Bakar berkata, setakat ini kelab berkenaan yang mula ditubuhkan pada 1996 sudah melahirkan lebih 200 graduan dalam pelbagai bidang selain dua penuntut berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara dalam bidang profesional.

Menurutnya, kelab berkenaan memberi tuisyen kepada pelajar miskin di tiga pusat utama iaitu Kampung Bujang, Kampung Sungai Batu Besi dan Kampung Belau, Merbok.
“Kami mengadakan kelas tambahan secara sukarela kepada 172 anak miskin dari Tahun Satu hingga Tingkatan Enam terutama dalam matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik bertujuan mengurangkan tahap kemunduran di samping meningkatkan keyakinan mereka menerusi kecemerlangan pendidikan,” katanya kepada Sinar Harian
Beliau berkata demikian ketika mengadakan program Kesedaran dan Penanaman Semula Bakau anjuran Sahabat Alam Malaysia Pulau Pinang sempena Hari Biodiversiti Sedunia yang disambut 22 Mei lalu.
Romli berkata, kelab itu menerima sumbangan RM72,500 daripada CIMB Islamic Bank yang digunakan untuk membela anak miskin dan mengekalkan hutan paya bakau.
“Dalam usaha mengekalkan hutan paya bakau, kita mempunyai semaian bakau sendiri yang kini mempunyai 67,000 anak bakau di mana dengan jualan anak pokok ini, dana yang dikumpul dapat digunakan ke arah pembangunan anak miskin,” katanya.
Selain itu, katanya, projek tapak semaian di Kampung Sungai Batu Besi itu ternyata mampu meningkatkan taraf hidup lima keluarga miskin yang bekerja dengannya.
Menurutnya, hasratnya hanya satu iaitu mewujudkan satu masyarakat bestari melalui pendidikan di samping menekankan sikap sayangkan alam sekitar kepada setiap ahli yang terdiri daripada golongan miskin.
Sementara itu, beliau berkata, usaha yang dijalankan kelab berkenaan mendapat sokongan padu dari badan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Kelab Lions, Sungai Petani Sports Club, Hospital Pakar Metro, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Melaka serta institusi kerajaan lain.
(laporan Sinar Harian : http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9119633.asp )
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, June 26, 2011 0 comments
INDAHNYA AZAN - MAKKAH AL MUKARRAMAH ...
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, June 26, 2011 0 comments
PESANAN BELAU CLUB : DON`T KNTOI EXAM ..
banyak isi cerita ni...
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, June 26, 2011 0 comments
Tuesday, June 21, 2011
JAMUAN RINGAN SEMPENA DAPAT JERSI KE-2 BE;AU FC ..
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Tuesday, June 21, 2011 0 comments
MAJLIS PENYERAHAN BAJU JERSI BOLA BELAU FC ..
majlis ringkas di adakan di perkarangan pusat giat ilmu kampung belau. berdekatan dengan gelanggang silat minangkabau cawangan belau.

majlis di sempurnakan oleh exco kerajaan negeri kedah, Y.B Dato` Dr. Hj. Hamdan mohammed Khalib. wakil kelab yang menerima ialah MKK Kampung belau, En. Sarip Mat serta goalkeeper Mohd Firdaus dan stricker Mokhtar ( Belau Junior Fc)

Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Tuesday, June 21, 2011 0 comments
Saturday, May 14, 2011
UPDATE PIC : LATIHAN SILAT MINANGKABAU DI GELANGGANG BARU KELAB BELAU ...
gambar ketika latihan pelajar silat di gelanggang baru bertempat di sebelah pusat giat ilmu kampung belau merbok. ia nya mula di buka semula pada pertengahan bulan MAC 2011.
sehingga awal Mei jumlah pelajar silat ialah seramai hampir 60 orang. ianya termasuk pelajar lama di gelanggang terdahulu. jumlah pelajar baru di sini sehongga awal Mei ialah 17 orang.Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Saturday, May 14, 2011 0 comments
ANGKUT KAYU DARI KELAB PUNCAK SG BATU BESI ...
cadangan untuk membina pondok gendang di kelab puncak cawangan kampung belau. maka kayu-kayu terpakai di cari untuk di gunakan bagi tujuan tersebut.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Saturday, May 14, 2011 0 comments
PENAMBAHAN BARU GELANGGANG SILAT DI KELAB BELAU

tempat ini di khaskan bagi pelajar silat perempuan. ini kerana bagi memisahkan tempat belajar silat mereka. kerja-kerja pembesaran gelanggang ini di bantu oleh pelajar tusiyen lelaki.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Saturday, May 14, 2011 0 comments
Sunday, April 3, 2011
PUNCHING BEG UNTUK SILAT ...
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, April 03, 2011 0 comments
Saturday, March 26, 2011
KETEKUNAN BELAJAR ...

alhamdulillah, pada sesi kali ini pelajar tuisyen mula datang lebih awal. kelas yang bermula jam 9.45, tapi pelajar telah mula memenuhi bangunan tusiyen seawal jam 8.30 pagi, bagi kelas bahasa inggeris upsr. aktiviti tuisyen percuma pada tahun ini telah bermula pada minggu ketiga bulan january lalu.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Saturday, March 26, 2011 0 comments
LATIH TUBI : SEPAK TERAJANG ...
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Saturday, March 26, 2011 0 comments
PROJEK BARU : MEMBINA DAN MENYIAPKAN BANGUNAN PANTRY

Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Saturday, March 26, 2011 0 comments
Friday, March 25, 2011
GELANGGANG SILAT MINANGKABAU DI TAPAK BARU - PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Friday, March 25, 2011 0 comments
















