Wednesday, December 15, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL ...


perlawanan futsal dahulu di jadualkan di buat secara berkala setiap bulan. tetapi di sebabkan pakat-pakat sibuk, maka waktu mana yang sempat saja pi main...

kali ni ramai yang hadir. main sampai penat. lama tak turun gelanggang..sampai pakat-pakat pancit pulak....




semangat ada nak main tiap-tiap minggu..tapi budget tak dak la pulak untuk tiap minggu.,...





gambar yang sempat di rakam ketika ahli kelab puncak belau meluangkan masa beriadah sukan futsal di bilion, sungai petani baru-baru ini...

KENDURI KESYUKURAN & SAMBUTAN BULAN PUASA ...


kenduri kesyukuran antara ahli kelab dfan tetamu ke hormat sempena kedatangan ramadhan al-mubarakj yang lalu.

majis meriah di sertai oleh ahli-ahli kelab dan tetamu ke hormat di rumah kelab 2 tingkat tepi sungai kampung batu besi...





turut hadir ialah prof. dr md dan md palil, professor UtEm dan kakitangan, dato dr sharom dan datin, prof dr. mustafa kassim dan lain-lain tetamu kehormat...





LAWATAN OLEH PENYELARAS PARLIMEN MERBOK...

lawatan rombongan daripada penyelelaras parlimen merbok Yg Berbahagia Dato` Tajul Urus Mat Zain ke pondok latihan gendang silat irama merbok, berdekatan gelanggang silat minangkabau.

rombongan tersebut juga membinbcangkan keperluan apa-apa yang perlu bagi membantu meningkatkan kemajuan pasukan gendang...

PERMAINAN BOLA SEPAK KAMPUNG SETIAP PETANG...


permainan bola ini adalah setiap petang. program beririadah bersama kanak-kanak

mendapat sambutan setiap petang. kalau hujan kurang la sikit...


tiap-tiap petang ramai. orang-orang veteran main sekali...








terima kasih juga di ucapkan kepada Y.B Dr. Hj. Hamdan kerana sudi sumbangkan bola...

Tuesday, August 3, 2010

SUMBANGAN & CENDERAHATI DARI YAB TUN DAIM ZAINUDDIN ...


lawatan yab tun daim turut membawa sumbangan pelbagai jenis pakaian dan alatan.

sumbangan ini di tempatkan di bangunan bawah rumah kelab puncak di tebing sungai merbok dan akan di agihkan kepada ke tiga-tiga cawangan kelan puncak.


sumbangan terdiri daripada pakaian kemeja, pakaian sukan, alatan sukan dan pelbagai cenderamata yang lain.



pihak kelab mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. atas sumbangan tersebut.




LAWATAN DAN PERBINCANGAN BERSAMA PENASIHAT BERSAMA DAN TETAMU KEHORMAT KELAB PUNCAK ...


SEMASA lawatan YAB Tun Daim Zainuddin selaku penasihat kelab, kelab puncak juga menerima kunjungan penasihat bersama dan tetamu kehormat yang lain.
antara yang turut hadir ialah Yg. Bhg. Dato` Dr. Shahrom Ahmat dan isteri Datin Fakitah, Yg Bhg. Prof. Dr. Md Dan Md Palil, Yg. Bhg Dr. Imrah Khalid.
ahli-ahli bersekutu kelab lain yang hadir ialah lions club sungai petani, sungap petani sport club, hospital metro dan lain-lain.


lawatan diadakan di sekitar summer camp kampung sungai batu besi pada 31/07/2010 jam 11.00 pagi. lawatan juga di buat di pusat tuisyen terapung.
di sini perbincangan lanjut diadakan. perbincangan berkisar tentang dasar kelab, dasar pertubuhan dan lain-lain.


selain itu perbincangan mengenai masa depan kelab dan halatuju turut di sentuh termasuk hutan paya bakau. pihak kelab mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas lawatan dan kunjungan hormat tersebut.




GOTONG-ROYONG MENYIAPKAN RUMAH KELAB PUNCAK & HOMESTAY ...


gambaran dalam bangunan kelab puncak. terdiri daripada dua tingkat. di mana homestay di cadangkan pada tingkat atas.

ibu bapa dan AJK kelab puncak bergotong royong menyipakan lantai bangunan tingkat bawah pada 31 june 2010, jam 10.00 pagi.


terjalin hubungan silaturahim yang amat akrab antara waris pelajar tuisyen, AJK kelab puncak dan orang kampung sungai batu besi.



Monday, July 26, 2010

LAWATAN OLEH PENASIHAT KELAB PUNCAK YAB TUN DAIM ZAINUDDIN DAN PENASIHAT BERSAMA YANG LAIN.

TARIKH : 31 JUNE 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
LAWATAN OLEH PENASIHAT KELAB PUNCAK YAB TUN DAIM ZAINUDDIN DAN PENASIHAT BERSAMA YANG LAIN.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan rendah diri menerima kunjungan Yang Amat Berhormat Tun Daim Zainuddin dan isteri bersama rombongan keluarga ke Summer Camp Pusat Giat Ilmu Kampung Sungai Batu Besi. Rombongan ini bertujuan melihat dengan lebih dekat lagi berkaitan aktiviti dan kedudukan kelab puncak di merbok.

Rombongan ini juga turut membawa bantuan pakaian sebanyak sebuah loro satu tan. Lawatan juga turut melawat bangunan rumah kelab yang di ubah suai di tebing sungai merbok. Turut hadir Dato` Dr Sharom Ahmad, Dr. Imran Khalid, Prof. Dr Md Dan, Jawatan kuasa Lions Club, Club sungai petani dan lain-lain persatuan ahli bersekutu kelb puncak.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

KENDURI DAN JAMUAN KESYUKURAN DI KELAB PUNCAK PUSAT GIAT ILMU CAWANGAN KAMPUNG BELAU.

TARIKH : 23 JUNE 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
KENDURI DAN JAMUAN KESYUKURAN DI KELAB PUNCAK PUSAT GIAT ILMU CAWANGAN KAMPUNG BELAU.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK Cawangan Kampung Belau. Kenduri atau jamuan ini dianjurkan oleh salah seorang ibu bapa pelajar. Kenduri ini adalah sebagai kesyukuran oleh ibu bapa pelajar terbabit.

Kenduri nasi ayam tersebut mengggunakan tapau sebanyak 70 bungkus. Makanan ini di edarkan selepas kelas tuisyen percuma tamat. Ianya di edarkan kepada semua pelajar yang hadir. Pihak kelab mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan kenduri tersebut.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

JEMPUTAN PERSEMBAHAN SILAT DI RUMAH KENDURI.

TARIKH : 18 JUNE 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
JEMPUTAN PERSEMBAHAN SILAT DI RUMAH KENDURI.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK Cawangan Belau bersama pertubuhan silat minangkabau di rumah kenduri. Jemputan ini hanya kadang-kadang sempat di rakamkan. Ini kerana terlalu kerap di jemput membuat persembahan di mana-mana kenduri kahwen yang diadakan.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

LAWATAN KE PUSAT TUISYEN CAWANGAN KELAB PUNCAK OLEH PENSYARAH UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

TARIKH : 13 JUNE 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
LAWATAN KE PUSAT TUISYEN CAWANGAN KELAB PUNCAK OLEH PENSYARAH UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan ini bersama-sama mengiringi pensyarah dan kakitangan Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia Melaka. Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi berkaitan aktiviti kelab.

Melalui lawatan ini didedahkan dengan aktiviti setempat setiap cawangan kelab puncak. Dengan ini, makluman dengan lebih tepat dapat di ketahui. Lawatan ini berakhir pada tengahari di kampong belau dan singgah makan dan berbincang di Gerai makan berhadapan dengan hutan lipur rekreasi tupah.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

Saturday, July 24, 2010

PROGRAM PEMBELAJARAN DAN PENYELESAIAN MATEMATIK OLEH PENSYARAH UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA.

TARIKH : 12 JUNE 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROGRAM PEMBELAJARAN DAN PENYELESAIAN MATEMATIK OLEH PENSYARAH UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan kerjasama pensyarah Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia Melaka. Program ini bertujuan untuk memberi penekanan kepada pelajar-pelajar tuisyen di sini berkaitan cara terbaik menyelesaikan masalah matematik. Program ini di laksanakan selama 2 hari, iaitu secara 2 sesi.

Program ini di susun atur oleh pensyarah UTeM. Turut hadir ialah Prof. Dr. Md Dan Md Palil dan En. Saifudin Hafiz. Pihak kelab mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”