Wednesday, October 7, 2009

SUMBANGAN AIDILFITRI DARIPADA KELAB




pihak kelab puncak bagi cawangan kampung belau menyampaikan sumbangan kepada pihak yang sepatutnya bagi kampung belau. sumbangan merupakan sekampit beras yang di amanahkan kepada kelab oleh kakitangan usm...

PEMBUKAAN SEMULA LATIHAN SILAT MINANGKABAU

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PEMBUKAAN SEMULA LATIHAN SILAT MINANGKABAU


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK CAWANGAN KG BELAU dengan kerjasama pasukan silat minangkabau dengan ini mengadakan majlis pertama pambukaan semula latihan silat minangkabau selepas hari raya aidilfitri.

Latihan silat ini di tangguhkan dahulu sempena menghormati bulan ramadhan selama sebulam. Majlis pembukaan di adakan di gelanggang silat minangkabau kampung belau merbok. Majlis berjalan dengan lancarnya.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PEMBUKAAN SEMULA LATIHAN GENDANG SILAT

TARIKH : 23 SEPTEMBER 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PEMBUKAAN SEMULA LATIHAN GENDANG SILAT


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK CAWANGAN KG BELAU dengan kerjasama pasukan gendang kampung belau dengan ini mengadakan majlis pertama pambukaan semula latihan gendang selepas hari raya aidilfitri.

Latihan gendang di tangguhkan dahulu sempena menghormati bulan ramadhan selama sebulam. Majlis pembukaan di adakan di pusat giat ilmu kampung belau merbok. Majlis berjalan dengan lancarnya.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PROGRAM BBQ SAMBUTAN RAYA AIDILFITRI DAN TAKBIR RAYA

TARIKH : 21 SEPTEMBER 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROGRAM BBQ SAMBUTAN RAYA AIDILFITRI DAN TAKBIR RAYA


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK CAWANGAN KG BELAU telah menganjurkan program bbq sambutan raya aidilfitri dan takbit pada malam raya di pusat tarbiyah islam kampung belau. Majlis di meriahkan dengan kerjasama ahli kelab, pelajar tuisyen dan jemaah pusat tarbiyah islam kampung belau merbok.

Takbir raya di teruskan hingga ke subuh hari. Manakala bbq berjalan serentak. Di mana sbanyak 14 ekor ayam disediakan bersama 8 kilo kerang. Majlis berjalan dengan lancarnya.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

Tuesday, October 6, 2009

PEMINDAHAN MINI MUZIUM PADI

TARIKH : 19 SEPTEMBER 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PEMINDAHAN MINI MUZIUM PADI


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK CAWANGAN KG BELAU akan menaik taraf mini di tapak baru yang dikenal pasti bersebelahan dengan bangunan tuisyen. Di mana tapak ini akan di gunakan sepenuhnya untuk barang-barang berkaitan muzium padi.

Bangunan jelapang padi diubah dengan mengusung ke tapak baru dengan kerjasama ahli kelab belau. Segala barang lain juga di ubah ke tapak baru bangunan mini muzium padi.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

MINI MAKMAL KOMPUTER : PROJEK NAIK TARAF PEMBANGUNAN PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK

TARIKH : 18 SEPTEMBER 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MINI MAKMAL KOMPUTER : PROJEK NAIK TARAF PEMBANGUNAN PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK CAWANGAN KG BELAU akan di naik taraf dengan pembinaan bangunan baru untuk mini makmal komputer. Bangunan yang berukuran 16 X 10 kaki di atas tapak sedia ada.

Pembinaan ini amat di perlukan atas faktor semasa. Selain itu, di harapkan pembangunan dan kemudahan computer yang akan di sumbangkan oleh pihak us mini akan memberi manfaat kepada pelajar tuisyen di sini.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

MINI PERPUSTAKAAN : PROJEK NAIK TARAF PEMBANGUNAN PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK

TARIKH : 17 SEPTEMBER 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MINI PERPUSTAKAAN : PROJEK NAIK TARAF PEMBANGUNAN PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK CAWANGAN KG BELAU akan di naik taraf dengan pembinaan bangunan baru untuk mini perpustakaan. Bangunan yang berukuran 20 X 10 kaki di atas tapak sedia ada.

Pembinaan ini amat di perlukan atas faktor semasa. Selain itu, bangunan sedia ada iaitu jelapang padi yang telah di ubah suai adalah tidak lagi bersesuaian dengan masa kini atas keselesaan dan pertambahan pelajar tuisyen.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

Monday, September 28, 2009

GEMPAR: ULAR SAWA DI PUSAT GIAT ILMU KG BELAU ...

Seekor ular sawa di temui di pusat giat ilmu kampung belau pada malam 19/09/2009 yang lalu.

ular sawa tersebut menyinap masuk ke dalam reban ayam berdekatan. saiz ular sawa tersebut lebih kurang 4 meter dengan berat hampir 7 kilogram. ntah dari mana datang tidak di ketahui. berkemungkinan dari hutan dusun bedekatan yang tidak di uruskan. ular tersebut dikesan pada pukul 12.30 a.m apabila ayam-ayam peliharaan berlari berkejaran seiring sejalan bertempiaran menyelamatkan diri menyebabkan bunyi bising di lau ayam.

walau bagaimanapun ular sawa tersebut berjaya di tangkap dengan bantuan jiran, orang kampung dan ahli kelab belau. mungkin juga ular sawa tue nak berkawan dengan kita kot. tak pun nak belajar tuisyen sekali. baguih juga tu. urmmm..kecil-kecil tak nak sekolah...bila besar menyusahkan orang......

Wednesday, September 23, 2009

JEMPUTAN BERBUKA PUASA DI HOSPITAL PAKAR METRO SUNGAI PETANI KEDAH..

TARIKH : 16 SEPTEMBER 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
JEMPUTAN BERBUKA PUASA DI HOSPITAL PAKAR METRO SUNGAI PETANI KEDAH..


DImaklumkan bahawa KELAB BELAU dan KELAB PUNCAK dengan ini di jemput menyertai majlis berbuka puasa yang diadakan di dewan utama, Hospital Pakar Metro sungai petani kedah seperti butiran berikut:

MAJLIS: BERBUKA PUASA
JAM: 7:00 MALAM
TEMPAT: DEWAN UTAMA,HOSPITAL METRO SUNGAI PETANI KEDAH

Majlis tersebut juga diadakan sumbangan hari raya kepada pihak tertentu yang kurang bernasib baik. Sumbangan kepada kelab puncak dan kanak-kanak turut diadakan. Sumbangan di sampaikan oleh pihak pengurusan hospital metro sungai petani.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

JEMPUTAN BERBUKA PUASA DI MADRASAH AZ-ZUBAIDIYAH.



TARIKH : 11 SEPTEMBER 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
JEMPUTAN BERBUKA PUASA DI MADRASAH AZ-ZUBAIDIYAH.

DImaklumkan bahawa KELAB BELAU dan KELAB PUNCAK dengan ini di jemput menyertai majlis berbuka puasa yang diadakan di madrasah zubaidiyah seperti butiran berikut:
MAJLIS: BERBUKA PUASA
JAM: 7:00 MALAM
TEMPAT: PERKARANGAN SURAU MADRASAH AZ-ZUBAIDIYAH MERBOK
Majlis tersebut juga diadakan sumbangan hari raya kepada pihak tertentu yang kurang bernasib baik. Sumbangan di sampaikan oleh Y.B Dr. Hj. Hamdan mohammed Khalib selaku Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah........

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

JEMPUTAN BERBUKA PUASA KELAB SUNGAI PETANI,KEDAH.

TARIKH : 09 SEPTEMBER 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
JEMPUTAN BERBUKA PUASA KELAB SUNGAI PETANI,KEDAH.
DImaklumkan bahawa KELAB BELAU dan KELAB PUNCAK dengan ini di jemput menyertai majlis berbuka puasa yang diadakan di padang golf, kelab sungai petani kedah seperti butiran berikut:


MAJLIS: BERBUKA PUASA
JAM: 7:00 MALAM
TEMPAT: PERKARANGAN BANGUNAN UTAMA,KELAB SUNGAI PETANI KEDAH

Majlis tersebut juga diadakan sumbangan hari raya kepada pihak tertentu yang kurang bernasib baik. Sumbangan kepafa rumah anak yatim dan fakir miskin turut diadakan. Sumbangan di sampaikan oleh pihak kelab sungai petani. Majlis tersebut juga di hadirioleh tetamu VIP seperti jabatan pendidikan, MPSP, majlis tempatan serta ahli parlimen dan ADUN .

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

SELAMAT MENGHADAPI PPERIKSAAN UPSR 2009.

TARIKH : 03 SEPTEMBER 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
SELAMAT MENGHADAPI PPERIKSAAN UPSR 2009.

DImaklumkan bahawa KELAB BELAU dan KELAB PUNCAK dengan ini mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan UPSR bagi tahun 2009 kepada semua pelajar darjah enam terutamanya bagi yang mendapat bimbingan di pusat giat ilmu di bawah naungan kelab puncak lembah bujang.
Segala ilmu dan bimbingan yang di curah di harapkan dapat membantu sedikit sebanyak kanak-kanak tersebut dalam menghadapi peperiksaan umum tersebut. Pihak kelab sentiasa mendoakan kejayaan anda...........

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

JADUAL WAKTU KELAS TUISYEN SEMPENA RAMADHAN AL MUBARAK, 1430 HIJRAH.

TARIKH : 29 ogos 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
JADUAL WAKTU KELAS TUISYEN SEMPENA RAMADHAN AL MUBARAK, 1430 HIJRAH.

DImaklumkan bahawa KELAB BELAU dengan ini meneruskan program tuisyen percuma kepada pelajar tuisyen setiap minggu seperti biasa. Tiada sebarang perubahan pada jadual. Seperti tahun yang lalu, kehadiran agak kurang kerana kanak-kanak kecil letih berpuasa.
Berkaitan cuti raya aidilfitri, akan di umumkan kemudian.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

KEMPEN SOLAT TERAWIH

TARIKH : 27 ogos 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
KEMPEN SOLAT TERAWIH

DImaklumkan bahawa KELAB BELAU dengan ini menganjurkan kempen solat terawih. Di mohon semua kanak-kanak tuisyen di bawah kelolaan kelab belau di bawah cawangan kelab puncak belau untuk sama-sama menghayati bulan ramdjhan yang barakah ini.
Kanak-kanak tuisyen adalah di galakkan untuk sama-sama mengerjakan solat terawih dan witir di pusat tarbiyah kampung belau merbok kedah. Pelbagai program di susun pada malam-malam tertentu termasuk moreh dengan kerjasama jemaah tarbiyah, orang kampung dan ahli kelab pada setiap malam.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

Wednesday, August 26, 2009

tazkirah : program penghayatan dan kesyukuran di summer camp batu besi


tazkirah siri - 001 semasa program anjuran kolej komuniti sungai petani dan kelab puncak di summer camp tepi sungai kg sg batu besi merbok , kedah. tazkirah untuk pelajar tuisyen yang menyertai program tersebut.