



Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Thursday, May 21, 2009 0 comments
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
.Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Monday, May 18, 2009 0 comments
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, May 10, 2009 0 comments
bangsal khas untuk latihan gendang telah siap. tetapi bumbung sementara lagi. kira ok la tue. budget tak cukup..nak buiat macam mana. bangsal ini terletak bersebelahan dengan gelanggang silat. hampir setiap malam ada latihan gendang disini.

latihan silat pula diadakan pada setiap malam jumaat dan selasa sahaja, iaitu 2 kali seminggu. setiap latihan silat diiringi dengan gendang silat. nampaknya..zaman kegemilangan melayu tulen kembali bertapak di kampung belau merbok.

kali pertama juga dalam sejarah tempat ini menjadi tumpuan dan perjumpaan antara penduduk kampung. dimana para golongan veteran, belia dan kanak-kanak sering bertumpu di sini pada malam tertentu untuk latihan silat dan gendang. disamping dapat menegratkan hubungan silaturrahum rahim...program ini juga memberi manfaat kepada penduduk kampung....
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, May 10, 2009 0 comments
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Saturday, May 09, 2009 0 comments
TARIKH : 19 APRIL 2009 / 223rabiulaKHIR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROGRAM RIADAH: MAIN FUTSAL ANTARA AHLI KELAB .




Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, April 26, 2009 0 comments
TARIKH : 18 APRIL 2009 / 22 rabiulaKHIR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
KERJA-KERJA MEMBINA PONDOK UNTUK LATIHAN GENDANG SILAT DI GELANGGANG .






Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, April 26, 2009 0 comments
TARIKH : 17 APRIL 2009 / 21 rabiulaKHIR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
LATIHAN GENDANG SILAT DI GELANGGANG .
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, April 26, 2009 0 comments
TARIKH : 11 APRIL 2009 / 15 rabiulaKHIR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
KERJA-KERJA MENAIK TARAF BANGUNAN PROSES AYAM .
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK dengan ini member sokongan sepenuhnya kepada pemilik perniagaan proses ayam dalam usaha untuk meningkatkan lagi produktiviti dan perniagaan.
Bangunan tambahan dicadangkan untuk meluaskan lagi kawqasan perniagaan serta aktiviti yang lain. Kita sama-sama doakan semoga usaha ini berjaya
Sekian untuk makluman.
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, April 26, 2009 0 comments
TARIKH : 10 APRIL 2009 / 14 rabiulaKHIR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN MAKAM LAMA SULTAN .



Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, April 26, 2009 0 comments
TARIKH : 10 APRIL 2009 / 14 rabiulaKHIR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
GOTONG-ROYONG ROBOHKAN RUMAH LAMA.
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK bersama ahli yang lain akan memberi kerjasama dalam cadangan untuk merobohkan rumah lama. Ini bertujuan untuk mendapatkan kayu dan zink yang boleh di gunakan lagi.
Selain itu, ahli biro yang terlibat akan membeli kayu terpakai tersebut. Rumah tersebut ialah rumah tinggalan lama di kampung ini. Kayu ini akan di gunakan untuk menaik taraf bangunan proses ayam milik pak tam dan keluarga.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Sunday, April 26, 2009 0 comments
PERTANDINGAN SILAT MINANGKABAU/JURUS 7
wakil kita mendapat naib johan dalam pertandingan ini. tahniah kepada semua yang terlibat ecara langsung dan tidak langsung dalam pertandingan tersebut. untuk orang-orang baru kita yang join minangkjabau di belau tue.... berlatih elok-elok. tahun depan kita sapu semua pingat kat kita nooo.....
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Thursday, April 16, 2009 0 comments
pertandingan tersebut mengandungi pelbagai kategori. pertandingan tersebut diserikan lagi dengan persembahan guru-guru silat termasuk guru silat paklang abdul hamid dari minangkabau titi batang.
dalam pertandingan tersebut, wakil kita memenangi naib johan bagi kategori tari berkumpulan. tahniah untuk kumpulan kita.....
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, April 15, 2009 0 comments
TARIKH : 01 APRIL 2009 / 5 rabiulaKHIR 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PERTANDINGAN SILAT MINANGKABAU DI SUNGAI LALANG SP.



Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, April 15, 2009 0 comments
gotong royong ini disertai oleh wakil-wakil daripada ketiga-tiga pusat tuisyen iaitu pusat tuisyen sungai batu besi, kampung bujang dan kampung belau. aktiviti ini juga mengeratkan silaturrahim antara ajak kelab.
pada hari ini juga, pertandingan silat di sungai lalang diadakan. jawatankuasa lain menyertai pertandingan tersebut. jadi, tugas-tigas terpaksa di agihkan...
Posted by KPSDK Kg Belau Merbok at Wednesday, April 15, 2009 0 comments
AHLI JAWATANKUASA (AJK),
KELAB PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN PUNCAK,
KAMPUNG
PENAUNG
TN. HJ. ROMLI BAKAR
PENASIHAT/PENASIHAT BERSAMA,
SELURUH AHLI MAJLIS MESYUARAT BERSAMA
(PENYOKONG KELAB & PENDUDUK KG BELAU)
PENGERUSI
HAFIS MD ISHAK
SETIAUSAHA
MOHD AMIN ABDUL RAHMAN
TIMBALAN SETIAUSAHA
ROSLAN AHMAD
BENDAHARI 1
FARHAN ABU MANSOR
BENDAHARI 2
AMIR ABDUL RAHIM
BIRO SUKAN & REKREASI
EDDIE IZUAN AZIZ
HASBUL OTHMAN
BIRO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN
MOHD SHUKOR ABDUL RAHMAN
MOHD RIDZUAN YAHYA
BIRO PEMBANGUNAN & PERLAKSANAAN PROGRAM
MOHD ISAIRI YAACOB
AZRIN AZMI
BIRO KESELAMATAN & KESIHATAN
SULAIMAN ABDUL WAHAB
FARID IZUAN FADZILAH
BIRO PENDIDIKAN & AKADEMIK
MOHD NAJMUIN ISMAIL
NURUL HUDA RAHMAT
BIRO INFORMASI & PENERBITAN
AMRAN ABDUL RAHIM
HARIS MD ISHAK
BIRO PERHUBUNGAN LUAR & AM
MOHD FAUZI YAHYA
ROSIDI BAHARUDDIN
BIRO TEKNIKAL & PENYELENGGARAAN
ROZAIMI ABU HASSAN
MOHD FAUZI BAHARUDDIN
BIRO TUGAS-TUGAS KHAS & RASMI
WARDI ABDUL RAZAK
MOHD FAREZ GHAZALI
BIRO KERJAYA & PERANCANGAN DEPAN
MOHD FAIRUS SAADON
FAZILAH ABDUL HALIM
BIRO AGAMA & HAL EHWAL BELIA
MUHAMMAD FIKRI ZAINOL
ZULKIFLI ARIFFIN
BIRO KECERIAAN & LANDSKAP
RUSLEY MANSOR
FARID IZANI FADZILAH
BIRO SOSIAL & KEGIATAN BELIA
FADLI FADZILAH
MAZLAN ABU MANSOR
BIRO KESENIAN & KEBUDAYAAN
MOHD FIRDAUS HUSIN
HASANUL ISYRAF AWANG KECHIK
BIRO KREATIVITI & INOVASI
H.HASLINA ABDUL GHANI
MURSHIDA ZAINOL
BIRO HAL EHWAL WANITA & KANAK-KANAK
H.HERYANTI ABDUL GHANI
NASIHAH YAAKOB
BIRO PELAPIS & AHLI BARU (JUNIOR)
MOHD AZIM ABDUL AZIZ
MOKHTAR SAFAR
***:
AJK dan BIRO Kelab Pendidikan Dan Kebajikan Puncak Kampung Belau Merbok akan dirombak dan dikemaskinikan mengikut persetujuan ahli kelab. Pertubuhan Kelab (NGO) tertakluk kepada syarat-syarat penubuhan kelab dalam Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
KELAB PENDIDIKAN, SUKAN & KEBAJIKAN KG
DASAR PENUBUHAN
Penubuhan Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kampung
AKTIVITI
Penubuhan kelab ini berdasarkan perlaksanaan aktiviti-aktiviti dan selaras dengan objektif berikut :
a) Menyuburkan budaya ilmu dikalangan masyarakat Luar Bandar.
b) Perlaksanaan apa-apa aktiviti secara percuma.
c) Menyediakan kemudahan-kemudahan aktiviti berdasarkan kemampuan yang ada.
d) Menyediakan aktiviti-akiviti seminar/ program untuk kalangan pelajar.
e) Menyuburkan semangat sukan dikalangan belia kampung.
f) Sedia bekerjasama dengan masyarakat kampung atau mana-mana pertubuhan lain atas dasar kebajikan dan manfaat masyarakat.
g) Melaksanakan apa-apa aktitivi bukan atas dasar untuk mendapatkan keuntungan.
h) Melaksanakan aktiviti atas dasar keikhlasan kerana Allah.
“A CRISIS SITUATION ONLY EXISTC IN THE DISORDER MIND ON THE ONE HAND AND ON THE OTHER IT EXISTS IN THE ENCLOSED MIND ALWAYS FEARING TO CHANGE PARADIGM
THERE IS ACTUALLY NO CRISIS IF SITUATIONS ARE APPROCHED WITH ANTICIPATION FOR LIKELY PROBLEMS, PROPER PREVENTIVE STRATEGIES AND CONSTRUCTIVE AS WELL AS WELL-PLANNED ALTERNATIVE THAT WILL ULTIMATELY RESOLVE A DIFFICULT SITUATION INTO AN EXCITING CHALLENGE”