Wednesday, July 23, 2008

PERJUMPAAN PERBINCANGAN KELAS TUISYEN PERCUMA

KELAB MENGANJURKAN PERBINCANGAN / MESYUARAT UNTUK MENGADAKAN KELAS TUISYEN PERCUMA.
Tuisyen diadakan untuk pelajar kampung belau merbok dan kawaan sekitarnya.










PERJUMPAAN UNTUK KELAS TUISYEN PERCUMA .

Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kg Belau dengan kerjasama Pusat Giat Ilmu Lembah Bujang akan menganjurkan kelas tuisyen di Dewan Orang Ramai Kg Belau Merbok. Perjumpaan pembukaan kelas tuisyen untuk penerangan strategi kepada PELAJAR DAN IBU BAPA akan diadakan.

Butiran adalah seperti berikut :

HARI : JUMA`AT (JAM 10:00 PAGI)
TARIKH : 20/06/2008 (16 JAMADILAKHIR 1429)
TEMPAT : DEWAN ORANG RAMAI KG BELAU
OLEH : AJK KELAB BERSAMA TN. HJ. ROMLI

DI JEMPUT HADIR ............

MESYUARAT & MESYUARAT KELAB

KELAB TELAH MENJALANKAN MESYUARAT DAN PERJUMPAAN AJK/BIRO/AHLI & AHLI MAJLIS MESYUARAT BERSAMA KELAB



















MESYUARAT DAN PERJUMPAAN KELAB.





Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan SEMUA AHLI/AJK/BIRO KELAB di jemput dan di wajibkan hadir untuk mesyuaat diatas.









AGENDA:
-PENERANGAN BERKAITAN KELAB/AHLI/AJK/BIRO
-PERBINCANGAN AKTIVITI DAN STRATEGI KELAB
-KEWANGAN DAN TABUNG KELAB

Butiran sepeti berikut:
HARI : SABTU MALAM AHAD
TARIKH : 24 MEI 2008 (24/05/2008)
TEMPAT : RUMAH PAK TAM FAUZI
WAKTU : 9.00 MALAM / SELEPAS ISYAK

SEKIAN UNTUK MAKLUMAN....................

GOTONG-ROYONG SURAU


















PROGRAM GOTONG-ROYONG DAN MENGIMARAHKAN SURAU KG BELAU MERBOK.




Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan bahawa Pihak Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kampung Belau bersama Belia & Pemuda serta Jemaah Surau Kg Belau akan menganjurkan program gotong-royong di Surau/ madrasah. Butirannya adalah seperti berikut :
Hari : Khamis
Tarikh : 1 MEI 2008 (Cuti Hari Pekerja)
Tempat : Surau/Madrasah Kg Belau
Jam : 8:30 pagi (sehingga Zohor)
Semoga program ini mendapat kerjasama dan manfaat bersama. Dengan ini juga surau/ madrasah dapat diimarahkan dengan apa-apa program untuk manfaat ramai. Sehubungan itu juga, pihak kelab menggalakkan dan menyarankan belia/ remaja Kampung Belau bagi mengimarahkan dan berjemaah bersama di surau/ madrasah dengan menggunakan kesempatan yang ada selepas ini.
SEMUA DI JEMPUT HADIR.
“MENGISBAT ILAHI MEMARTABAT MARUAH BANGSA”

AKTIVITI MENGIAMRAHKAN SURAU








































KEMPEN SOLAT JEMAAH DI SURAU KG BELAU.






Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan bahawa Pihak Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kampung Belau bersama Belia & Pemuda serta yang berkenaan untuk sama-sama memakmurkan / mengimarahkan surau Kampong Belau Merbok.
Dengan itu, marilah sama-sama pemuda/belia dan remaja Kampung Belau untuk bersama- sama SOLAT JEMAAH di surau /madrasah Kampung Belau pada waktu MAGHRIB dan ISYAK. Hanya sejam ( 1 jam ) sahaja kita sama-sama meluangkan masa.
Semoga dengan ini hubungan silaturrahim dapat di eratkan. Di samping itu, program lain selepas ini dapat di laksanakan dengan lancar. Sesungguhnya solat berjemaah adalah lebih baik daripada solat bersendirian.






LIMA PERKARA SEBELUM LIMA PERKARA :










SIHAT SEBELUM SAKIT
MUDA SEBELUM TUA
KAYA SEBELUM MISKIN
LAPANG SEBELUM SEMPIT
HIDUP SEBELUM MATI


“BELIA TUNGGAK PERPADUAN UMMAH”
“MENGISBAT ILAHI MEMARTABAT MARUAH BANGSA”










MAJLIS TAHLIL DI SURAU KG BELAU.






Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan bahawa Pihak Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kampung Belau bersama Belia & Pemuda serta yang berkenaan akan mengadakan MAJLIS TAHLIL di surau Kampung Belau.
Dengan itu, SEMUA pemuda/belia dan remaja Kampung Belau di jemput hadir. Majlis tahlil ini di hadiahkan kepada penduduk Kg Belau yang telah meninggal dunia termasuk kaum kerabat dan sahabat handai kita yang terdahulu.
Butiran majlis tahlil adalah seperti berikut:

HARI : KHAMIS
TARIKH : 08 MEI 2008 (08/05/2008)
TEMPAT : SURAU KG BELAU MERBOK
WAKTU : SELEPAS MAGHRIB

SEMUA DI JEMPUT HADIR

“SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MATI”















MAJLIS BACA YASSIN DI SURAU KG BELAU.






Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan bahawa Pihak Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kampung Belau bersama Belia & Pemuda serta yang berkenaan akan mengadakan MAJLIS BACAAN YASSIN di surau Kampung Belau. MAJLIS ini di hadiahkan kepada penduduk Kg Belau yang telah meninggal dunia termasuk kaum kerabat dan sahabat handai kita yang terdahulu.
Butiran majlis tersebut adalah seperti berikut:

HARI : KHAMIS
TARIKH : 15 MEI 2008 / 9 JAMADILAWAL 1429
TEMPAT : SURAU KG BELAU MERBOK
WAKTU : SELEPAS MAGHRIB
SEMUA DI JEMPUT HADIR .....










PROGRAM KULIAH BULANAN (JUN 2008).






Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan program kuliah bulanan akan diadakan di Surau Kg Belau Merbok. Butiran sepeti berikut:

HARI : JUMA`AT MALAM SABTU
TARIKH : 20/06/2008 (16 JAMADILAKHIR 1429)
TEMPAT : SURAU KG BELAU
WAKTU : SELEPAS MAGHRIB
OLEH : USTAZ KHAIRUDDIN SAAD

SEMUA DI JEMPUT HADIR ............















KULIAH MAGHRIB DI SURAU KG BELAU.






Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan kuliah maghrib akan diadakan di Surau Kg Belau Merbok. Butiran sepeti berikut:

HARI : RABU MALAM KHAMIS
TARIKH : 28/05/2008 (22 JAMADILAWAL 1429)
TEMPAT : SURAU KG BELAU
WAKTU : SELEPAS MAGHRIB
OLEH : USTAZ KHAIRUDDIN SAAD

SEMUA DI JEMPUT HADIR ............

KEMPEN KIBAR BENDERA HIJAU-KUNING

PIHAK KELAB TELAH MELAKSANAKAN KEMPEN KIBAR BENDERA HIJAU-KUNING DI SELURUH JALAN UTAMA KAMPUNG BELAU....
















PERKARA: KEMPEN KIBAR BENDERA HIJAU-KUNING


Sehubungan dengan perkara di atas, Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kampung Belau Merbok akan melaksanakan kempen kibar bendera hijau-kuning. Ini adalah bersempena dengan kejayaan KFA ( Persatuan Bolasepak Kedah) telah berjaya merangkul Piala Super didalam Liga Super Malaysia.

Pada ketika ini, KFA sedang melangkah seterusnya ke Piala AFC. KFA juga memburu piala seterusnya iaitu Piala Malaysia dan Piala FA untuk tahun kedua berturut-turut. Pihak Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kampung Belau menyokong sepenuhnya usaha KFA memburu kejayaan tersebut.

Sebagai memberi sokongan, pihak kelab KPSDK akan berusaha untuk mengibarkan beberapa bendera hijau-kuning di sekitar jalan Kampong Belau umumnya. Di harap usaha ini dapat meningkatkan semangat kesukanan di kalangan belia dan remaja Kampung Belau Merbok.

GOTONG-ROYONG BUMBUNG RUMAH

SEPINTAS LALU

AKTIVITI KELAB

ahli kelab bersama penduduk kampung menjalankan aktivtit gotong royong membaiki bumbung rumah penduduk (yatim piatu) di kampung belau merbok.

gambar aktiviti


























PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBAIKI BUMBUNG RUMAH.



Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan bahawa Pihak Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kampung Belau bersama Belia & Pemuda serta yang berkenaan akan menganjurkan program gotong-royong membaiki/menukar bumbung /zink rumah. Butirannya adalah seperti berikut :
Hari : Khamis
Tarikh : 1 MEI 2008 (Cuti Hari Pekerja)
Tempat : F 318 Kg Belau. (rumah Roshidi/Fauzi Baharuddin)
Jam : 4:00 petang
Semoga program ini mendapat kerjasama semua pihak. Bantuan kebajikan bumbung/zink (10 keping) bersama paku tersebut telah di terima tuan rumah pada 23/04/2008 daripada pihak PUTIM, Merbok. Maka dengan ini pihak kelab ingin maklumkan untuk bersama-sama membantu tuan rumah untuk kerja-kerja tersebut.
“BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING”