Saturday, March 26, 2011

KETEKUNAN BELAJAR ...



alhamdulillah, pada sesi kali ini pelajar tuisyen mula datang lebih awal. kelas yang bermula jam 9.45, tapi pelajar telah mula memenuhi bangunan tusiyen seawal jam 8.30 pagi, bagi kelas bahasa inggeris upsr. aktiviti tuisyen percuma pada tahun ini telah bermula pada minggu ketiga bulan january lalu.

LATIH TUBI : SEPAK TERAJANG ...


atas inisiatif untuk mengadakan tempat latih tubi untuk latihan sepak terajang, maka cara berikut diambil...

pokok pinang di jadikan tempat untuk melatih tubi tumbuk dan terajang. makanya, kalau patah pokok pinang itu maka kuatlah kai-kaki pesilat ini ...

PROJEK BARU : MEMBINA DAN MENYIAPKAN BANGUNAN PANTRY


melalui mesyuarat jawatankuasa kecil kelab puncak, telah meluluskan pembinaan bangunan pantry bagi cawangan kampung belau merbok. bangunan ini di gunakan sebagai mini dapur untuk kegunaan ahlu kelab dan pelajar di cawangan belau...

bangunan ini berukuran 10 x 10 kaki. didirikan di sebelah bangunan mini perpustakaan. pantry ini juga akan di gunakan untuk penyediaan minuman kepada pemain silat dan gendang yang mana aktiviti di jalankan setiap malam jumaat.