Sunday, June 26, 2011

Laporan Kajian Oleh IPGTB -Projek kewarganegaraan : Kempen Kesedaran Hutan Paya Bakau

KERTAS KERJA KAJIAN OLEH IPGTB BERKAITAN HUTAN BAKAU SUNGAI MERBOK Di Pusat Giat Ilmu (Summer Camp), Kampung Sungai Batu Besi, KEDAH DARUL AMAN.

satu projek Kempen Kesedaran Hutan Paya Bakau telah diadakan dengan kerjasama Sahabat Alam Malaysia (SAM), Kelab Puncak dan Kelab Aktivis Alam Sekitar Kampus IPG Kampus Tuanku Bainun (CARE) di Sungai Batu Besi, Merbok, Kedah sebagai salah satu usaha untuk memelihara dan memulihara ekosistem hutan paya bakau yang semakin diancam oleh kemusnahan.

Persoalan kajian

Apakah kepentingan ekositem hutan paya bakau?
Apakah punca berlakunya kemusnahan di ekosistem hutan paya bakau di Sungai Batu Besi, Merbok, Kedah?
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kemusnahan ekosistem hutan paya bakau di Sungai Batu Besi, Merbok, Kedah?

Objektif penganjuran projek

Mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat berkenaan kepentingan hutan bakau kepada ekosistem pinggir pantai terutamanya nelayan.
Menarik minat masyarakat untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Menyumbang kepada inisiatif masyarakat dalam menangani pemanasan global.
Memelihara memulihara ekosistem hutan bakau melalui aktiviti penanaman semula yang dilaksanakan.

Nota P I S M P
Himpunan nota untuk guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru

0 comments: