Sunday, June 26, 2011

LAPORAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA : PROGRAM UPSR LALU

Program motivasi UPSR

MERBOK 4 Julai – Banjir kilat di tempat tuisyen dan bekalan elektrik terputus akibat pokok tumbang tidak menjejaskan semangat murid-murid tahun lima dan enam di Mukim Bujang untuk mengikuti Program Khidmat Masyarakat Dalam Konteks Pendidikan oleh pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini baru-baru ini.


Murid-murid bersama ibu bapa mereka bergambar kenangan dengan pensyarah UTeM yang terlibat dalam projek kemasyarakatan di Mukim Bujang, Merbok, Kedah baru-baru ini

Empat Pensyarah tersebut ialah Profesor Dr. Md. Dan Palil, Tajul Arifin Abdullah, Saifudin Hafiz Yahaya dan Abd. Halim Hakim dari Jabatan Reka Bentuk Pembuatan Fakuti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) UTeM.

Menurut Md. Dan, pengisian utama program kemasyarakatan itu adalah untuk meningkatkan aras motivasi murid-murid di kampung berkenaan.

Di samping itu, katanya, anak-anak petani dan nelayan ini juga didedahkan dengan teknik menjawab soalan Ujian Pencapaian Sekolah rendah (UPSR) untuk mata pelajaran Sains dan Matematik.

“Malangnya sesi pengajaran menggunakan komputer riba dan pemancar LED terpaksa diganti dengan papan hitam sahaja kerana bekalan elektrik terputus,” jelas beliau.

Tajul Arifin berkata: ‘‘Kami mahu membantu meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendidikan.’’

Program dianjurkan Kelab Puncak iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang aktif memberikan pendidikan kepada anak-anak kampung yang serba kekurangan di mukim tersebut.

Pengasasnya, Romli Abu Bakar atau lebih mesra dipanggil Tok Su berkata, program kali ini dianjurkan khas untuk para pelajar mendalami subjek Matematik dan Sains.

Romli memberitahu, program bimbingan dan motivasi seperti itu telah diadakan sejak 1996.
( LAPORAN AKHBAR Utusan online :
.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0705&pg=pe_03.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&y=2010)

0 comments: