Saturday, May 14, 2011

UPDATE PIC : LATIHAN SILAT MINANGKABAU DI GELANGGANG BARU KELAB BELAU ...

gambar ketika latihan pelajar silat di gelanggang baru bertempat di sebelah pusat giat ilmu kampung belau merbok. ia nya mula di buka semula pada pertengahan bulan MAC 2011.

sehingga awal Mei jumlah pelajar silat ialah seramai hampir 60 orang. ianya termasuk pelajar lama di gelanggang terdahulu. jumlah pelajar baru di sini sehongga awal Mei ialah 17 orang.




gelanggang baru ini di lengakapi dengan 3 punching beg, 1 latihan sepak kaki serta kemudahan spot light 250 watt serta tandas.






guru silat paklang abdul hamid osman, setuju dengan pemindahan dan pembinaan gelanggang baru ini. di mana ianya lebih selesa dan mudah di urus.






acara perasmian di tunda. ini bagi memberi laluan kepada pelajar baru silat belajar terlebih dahulu. sesiapa yang berminat untuk menyertai aktiviti ini boleh mendapatkan borang di kelab belau..








ANGKUT KAYU DARI KELAB PUNCAK SG BATU BESI ...

cadangan untuk membina pondok gendang di kelab puncak cawangan kampung belau. maka kayu-kayu terpakai di cari untuk di gunakan bagi tujuan tersebut.


maka, pelajar tuisyen cawangan kampung belau telah mendapatkan kayu tersebut di bangunan jeti terpakai di kelab puncak cawangan kampung sungai batu besi.





kayu-kayu terpakai ini masih utuh dan bolah di gunakan lagi mengurangkan kos pembinaan.




cadangan pembinaan pondok gendang silat ini adalah bagi mengembalikan nostalgia awal permainan silat pada awal penubuhan kelab dulu. dimana tapak tersebut telah di jual. dan kini dalam cadangan pembinaan baru..





PENAMBAHAN BARU GELANGGANG SILAT DI KELAB BELAU



oleh kerana banyak pelajar baru mendaftar untuk belajar silat minangkabau titi batang di cawangan belau, maka gelanggang di besarkan lagi ke sebelah parit.
tempat ini di khaskan bagi pelajar silat perempuan. ini kerana bagi memisahkan tempat belajar silat mereka. kerja-kerja pembesaran gelanggang ini di bantu oleh pelajar tusiyen lelaki.