Wednesday, July 21, 2010

PROGRAM MOTIVASI DAN PENANAMAN BAKAU DARI SEKOLAH MENENGAH PULAU NYIOR, JITRA.

TARIKH : 11 JUNE 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROGRAM MOTIVASI DAN PENANAMAN BAKAU DARI SEKOLAH MENENGAH PULAU NYIOR, JITRA.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan kerjasama Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior kedah bersama Sahabat Alam Malaysia menganjurkan pekhemahan dan penanaman bakau.

Perkhemahan ini berlangsung selama 2 hari 1 malam. Perkhemahan ini disusun atur oleh pihak sahabat Alam Malaysia. Program ini juga mengandungi motivasi pelajar berkaitan hutan bakau. Pada hari berikutnya penanaman anak bakau di tebing sungai merbok di laksanakan.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PROGRAM PERKHEMAHAN DAN PENANAMAN BAKAU SEKOLAH MENENGAH CHE TOM SUNGAI PETANI.

TARIKH :04 JUNE 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROGRAM PERKHEMAHAN DAN PENANAMAN BAKAU SEKOLAH MENENGAH CHE TOM SUNGAI PETANI.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan kerjasama Guru Sekolah Menengah Che Tom Sungai Petani kedah bersama Sahabat Alam Malaysia menganjurkan pekhemahan dan penanaman bakau.

Perkhemahan ini berlangsung selama 3 hari 2 malam. Perkhemahan ini disusun atur oleh pihak sahabat Alam Malaysia. Program ini juga mengandungi motivasi pelajar berkaitan hutan bakau. Pada hari berikutnya penanaman anak bakau di tebing sungai merbok di laksanakan.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

MOTIVASI PELAJAR DI KG CHEROK TOK KUN.

TARIKH :16 may 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MOTIVASI PELAJAR DI KG CHEROK TOK KUN.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan kerjasama jawatan kuasa keselamatan kampong cherok to`kun dengan ini mengadakan kem motivasi di kampong cherok tok kun.

Ini adalah susulan daripada kem motivasi pelajar yang diadakan pada bulan lalu di pusat giat ilmu kampong bujang. Program ini di susun oleh pihak JKKKP cherok tok kun, manakala motivasi di buat oleh pihak kelab puncak.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PROGRAM SUMBANGAN KEPADA IBU TUNGGAL DI HOSPITAL PAKAR METRO SUNGAI PETANI

TARIKH :09 may 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROGRAM SUMBANGAN KEPADA IBU TUNGGAL DI HOSPITAL PAKAR METRO SUNGAI PETANI


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan ini telah menghantar 5 orang ibu tunggal menyertai program anjuran hospital pakar metro sungai petani kedah. Program ini anjuran jawatankuasa hospital metro bagi membantu golongan-golongan susah dan ibu tunggal.
Program ini bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada tengahhari. Pihak kelab puncak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas usahasama antara kelab puncak dan hospital metro.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PROGRAM MOTIVASI UNTUK ANAK DAN IBU BERTAJUK “ANAK SOLEH” ANJURAN KELAB PUNCAK.

TARIKH :08 may 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROGRAM MOTIVASI UNTUK ANAK DAN IBU BERTAJUK “ANAK SOLEH” ANJURAN KELAB PUNCAK.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan ini telah melaksanakan program motivasi untuk anak dan ibu. Program ini bertajuk “anak soleh”. Program ini khas di laksanakan untuk anak-anak pelajar tuisyen bagi ketiga-tiga cawangan di bawah seliaan kelab puncak.

Program ini diadakan di pusat giat ilmu cawangan kampong bujang iaitu di rumah tusn hj romli bakar. Program ini bermula pada awal pagi dan berakhir pada petangnya. Pengisisan program ini berkisar berkaitan dengan penekanan nilai-nilai islan di dalam jiwa pelajar. Program ini juga menjemput ibu bapa bagi sama-sama menghayati nilai-nilai islam.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

SUMBANGAN BULANAN KEPADA WARGA EMAS


TARIKH :01may 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
SUMBANGAN BULANAN KEPADA WARGA EMAS

DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK dengan ini telah bersetuju melaksanakan sumbangan bulanan kepada warga emas. Sumbangan sebanyak RM 50.00 setiap seorang. 3 orang warga emas menerima sumbangan ini setiap bulan.
Sumbangan ini sebenarnya di beri oleh hamba Allah. Kelab puncak hanya sebagai pemegang amanah. Kelab puncak di beri kepercayaan bagi melaksanakan hal ini. Hal ini telah di laksanakan sekian lama.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”