Saturday, April 10, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KAMPUNG BELAU

TARIKH :26 FEBRUARI 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KAMPUNG BELAU

DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK cawangan kampung belau dengan kerjasama jemaah pusat tarbiyah islam kampung belau dengan ini menganjurkan majlis sambutan maulidur rasul. Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada tengahhari.
Majlis juga di meriahkan dengan penyertaan pelajar tuisyen yang membuat perarakan maulidur rasul. Perjalanan sejauh lebih 3 kilometer mengelilingi kampung sehingga ke sekolah kebangsaan merbok pusat. Pada masa yang sama ceramah agama diadakan di pusat tarbiyah bagi golongan dewasa.
Majlis berakhir dengan berzanji dan marhaban dan jamuan makan. Majlis kali ini lebih istimewa dan kelainan dari sebelum ini kerana turut di sertai oleh pelajar mualaf dari sabah yang turut serta dalam perarakan dan marhaban di sini.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

0 comments: