Wednesday, March 10, 2010

CERAMAH AGAMA OLEH ULAMA INDONESIA

TARIKH :04 FEBRUARI 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
CERAMAH AGAMA OLEH ULAMA INDONESIA

DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK cawangan kampung belau merbok telah di jemput menghadiri ke majlis ceramah agama oleh habib riziq, ulama terkenal dari Jakarta Indonesia. Kehadirannya ke Malaysia adalah bertujuan lawatan di maahad tahfiz dan juga sekolah pondok di sekitar negeri kedah darul aman.


Di samping itu, beliau meluangkan masa berceramah di pusat tarbiyah islam kampung belau merbok. Kehadiran hadirin memenuhi ruang dalam pusat tarbiyah. Ceramah berkisar isu semasa dan juga menyentuh kehidupan rasulullah s.a.w.

Selain itu, kehadiran beliau juga menyuntik semangat baru kepada saudara islam (mualaf) yang kini sedang belajar pengajian agama di sini di bawah bimbingan tuan guru hj abdul majid.

Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

0 comments: