Saturday, February 13, 2010

SEPINTAS LALU: KEHADIRAN TUISYEN SESI 2010

TARIKH :29 JANUARI 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
SEPINTAS LALU: KEHADIRAN TUISYEN SESI 2010

DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK cawangan kampung belau merbok telah dengan rasminya membuka kelas tuiyen semula bagi sesi tahun 2010 pada 15/01/2010. Walaupun telah diumumkan di akhbar sinar harian di buka pada 22/01/2010, namun kehadiran para pelajar yang ramai menyebakan kelas tuisyen di buka lebih awal seminggu.


Kehadiran hampir 100 orang pelajar, mencatatkan rekod sejarah baru pusat giat ilmu di kampung belau merbok. Ini kerana, merujuk rekod lalu, pada awal pembukaan tuisyen kehadiran hanyalah sekitar 50 orang dan meningkat kemudiannya secara berkala. Namun pembukaan kali ini adalah secara drastik dan mendadak. Namun pihak kelab akan cuba sebaik mungkin bagi menhadapi perkara seperti itu.

Tahniah di ucapkan kepada para pelajar tuisyen. Selamat kembali kepada para pelajar tusiyen lama, dan selamat datang kepada para pelajar baru ke pondon pusat giat ilmu disini. Semoga mendapat manfaat dari aktivit yang berfaedah ini.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

0 comments: