Saturday, February 13, 2010

MAJLIS KENDURI KESYUKURAN KEPULANGAN DARI CHINA DAN SAMBUTAN PELAJAR “MUALAF” KE KAMPUNG BELAU.

TARIKH :17 JANUARI 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MAJLIS KENDURI KESYUKURAN KEPULANGAN DARI CHINA DAN SAMBUTAN PELAJAR “MUALAF” KE KAMPUNG BELAU.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK cawangan kampung belau merbok telah mengadakan majlis kenduri kesyukuran yang di anjurkan oleh mereka yang pergi bekerja di sien zien, China 5 bulan yang lalu. Kenduri ini adalah kesyukuran kerana selamat pergi dan pulang dengan jayanya.

Selain itu, kenduri ini juga bagi menyambut kedatangan para pelajar “mualaf” dari negeri sabah seramai 11 orang. Pelajar ini akan bermastautin di sini kemungkinan selama tiga tahun dalam mencari ilmu pendidikan islam di bawah pimpinan ustaz abdul halim abas dan di bawah didikan tuan guru haji abdul majid. Pelajar ini di tempatkan di rumah sementara di kampung bukit aceh dan belajar di pusat tarbiyah islam kampung belau merbok.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

0 comments: