Saturday, February 13, 2010

GOTONG ROYONG MEMBERSIH PUSAT TARBIYAH/SURAU

TARIKH :11 JANUARI 2010
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
GOTONG ROYONG MEMBERSIH PUSAT TARBIYAH/SURAU


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK MERBOK cawangan kampung belau dengan kerjasama pelajar tuisyen telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan pusat tarbiyah/surau di perkarangannya. Segala pasir dan batu-bata terpakai di sekitarnya bagi mencerahkan kembali kawsannya selepas kerja-kerja pembinaan dan menaik taraf di jalankan.

Ini juga berikutan cadangan pihak perbadanan perpustakaan awam negeri kedah untuk menjadikan bangunan tersebut di tingkat 2 sebagai perpustakaan desa kampung belau merbok. Persetujuan telah di capai dan pihak perpustakaan akan menghantar bekalan buku dan perabut bila-bila masa sahaja dari tarikh pembersihan ini.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

0 comments: