Saturday, July 11, 2009

MAJLIS KESYUKURAN DI PUSAT TARBIYAH KG BELAU MERBOK

TARIKH : 29 june 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MAJLIS KESYUKURAN DI PUSAT TARBIYAH KG BELAU MERBOK


DImaklumkan bahawa KELAB BELAU bersama kariah pusat tarbiyah kampung belau akan menganjurkan majlis kesyukuran di pusat tarbiyah islam kg belau merbok. Majlis ini bersempena pada hari khamis malam jumaat. Pada malam ini, pada amnya setiap minggu diadakan majlis bacaan yassin, tahlil dan bacaan kita seperti jadual program.
Butiran seperti berikut:
HARI: KHAMIS MALAM JUMAAT
JAM: 9:30 MALAM – SELEPAS ISYAK
TEMPAT: PUSAT TARBIYAH KG BELAU MERBOK

Maka, pada malam tersebut majlis kesyukuran kenduri pulut durian dan makan buah-buahan tempatan bermusim diadakan. Pelbagai buah disediakan seperti durian, rambutan dan manggis. Majlis berjalan dengan lancarnya.
Sekian untuk makluman.

MAJLIS INSTRUMETASI SILAT DAN KEDURI DURIAN

TARIKH : 25 june 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MAJLIS INSTRUMETASI SILAT DAN KEDURI DURIAN

DImaklumkan bahawa KELAB BELAU bersama pasukan gendang silat kampung belau telah berpakat akan mengadakan majlis kesyukuran, tahlil dan kenduri pulut durian di gelanggang silat kampung belau merbok.

Majlis ini menjemput semua pelajar-pelajar silat, penduduk terdekat serta waris pelajar silat disini untuk sama-sama mengadakan majlis kesyukuran ini. Selain itu, majlis ini juga diadakan sebagai instrumentasi bagi membiasakan diri pelajar-pelajar silat dengan iringan muzik gendang.

Ini bertujuan agar mereka-mereka semua tidak gentar atau takut untuk mengadakan persembahan atau pertunjukkan yang pada pada amnya akan diiringi muzik gendang silat. Majlis ini dihadiri hampir 250 orang. Durian yang disediakan hampir 300 biji bersama pulut durian. Majlis berjalan dengan lancarnya.

Sekian untuk makluman.

LAWATAN : PUSAT GIAT ILMU KG SUNGAI BATU BESI

LAWATAN DARI LIONS CLUB,KELAB SUNGAI PETANI DAN METRO RECREATION CLUB SERTA YAYASAN AMAL MALAYSIA KEDAH KE KELAB PUNCAK LEMBAH BUJANG MERBOK.


-semasa lawatan ke pusat giat ilmu kg sungai batu besi







LAWATAN : KE PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BUJANG

LAWATAN DARI LIONS CLUB,KELAB SUNGAI PETANI DAN METRO RECREATION CLUB SERTA YAYASAN AMAL MALAYSIA KEDAH KE KELAB PUNCAK LEMBAH BUJANG MERBOK.

-semasa lawatan ke pusat giat ilmu kampung bujang.








LAWATAN DARI LIONS CLUB,KELAB SUNGAI PETANI DAN METRO RECREATION CLUB SERTA YAYASAN AMAL MALAYSIA KEDAH KE KELAB PUNCAK LEMBAH BUJANG MERBOK.

TARIKH : 20 june 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
LAWATAN DARI LIONS CLUB,KELAB SUNGAI PETANI DAN METRO RECREATION CLUB SERTA YAYASAN AMAL MALAYSIA KEDAH KE KELAB PUNCAK LEMBAH BUJANG MERBOK.


DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK telah berbesar hati menerima kunjungan dan lawatan daripada lions clubs, kelab sungai petani, metro recreation club serta yayasan amal Malaysia kedah ke kelab puncak lembah bujang. Lawatan ini telah di bawa melawat ke tiga-tiga cawangan pusat giat ilmu di sini.

Lawatan pertama adalah ke pusat giat ilmu kampung belau. Disini sedikit taklimat berkaitan kelab belau. Kemudiannya dengan jamuan buah-buahan dusun dan pulut durian. Kemudiannya rombangan di bawa ke pusat giat ilmu kampung bujang. Disini di bawa melawat kemudahan yang ada di tempat asas penubuhan kelab puncak termasuk program yang telah, sedang dan akan dilaksanakan. Kemudian diakhiri dengan jamuan mee goring.

Akhir sekali rombongan di bawa ke pusat giat ilmu kg sungai batu besi. Disini tempat summer kem bagi kelab puncak di tunjukkan. Tapak permulaan yang serba tidak lengkap. Seterusnya lawatan di bawa ke teratak terapung iaitu di tempat tuisyen untuk taklimat berkaitan program di kg sg batu besi. Seterusnya lawatan di tunjukkan kerja-kerja kraf tangan penduduk disini serta makanan istimewa iaitu lemang, serondeng lokan dan serondeng ikan bilis.











Sekian untuk makluman.