Monday, March 23, 2009

MAJLIS QIAMULAIL UNTUK JEMAAH DAN PELAJAR.

TARIKH : 17 MAC 2009 / 20 rabiulawal 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MAJLIS QIAMULAIL UNTUK JEMAAH DAN PELAJAR.






Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK bersama-sama jemaah pusat tarbiyah akan menganjurkan majlis qiamulail. Majlis ini julung-julung kali diadakan. Ini bersempena dengan yang mulia ini.
Majlis ini akan bermula pada jam 11:00 malam. Dimaklumkan juga, program mingguan dilaksanakan seperti biasa iaitu bacaan yassin, tahlil dan bacaan kita. Pelajar-pelajar dan jemaah dinasihat untuk tidur bersama-sama di pusat tarbiyah bagi memudahkan program.program ini akan disertai bersama ustaz daripada sungai jagung sebagai imam dan tunjuk ajar. Program ini berakhir subuh iaitu selepas kuliah subuh.
Sekian untuk makluman.

MAKLUMAN HERBA: KHASIAT DUKUNG ANAK

Dukung anak atau nama saintifiknya Phyllanthus niruri Linn dari keluarga "Euphorbiaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Pokok Dukung anak merupakan sejenis pokok herba dan sering ditanam dikawasan sekitar rumah. Pokok Dukung anak juga digunakan sebagai herba perubatan tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan penyakit berkaitan hati.

Pokok Dukung anak ialah herba semusim yang kecil, tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi. Daun pokok Dukung anak jenis majmuk bipinat. Daun pokok Dukung anak kecil berwarna hijau tersusun berselang-seli berukuran 6-10 mm. Tiada tangkai daun tetapi terdapat tangkai daun majmuk yang berwarna hijau.


Batang Dukung anak licin berwarna hijau, tumbuh tegak dan bercabang terbuka. Bunga Dukung anak muncul bersendirian di bawah daun. Bract berbentuk tiga segi, bersisik dan setiap bract memegang satu bunga. Ada dua jenis bunga Dukung anak; jantan dan betina, kedua-duanya tersangat kecil, berukuran hanya 1 mm panjang. Keseluruhan herba Dukung anak digunakan dalam perubatan.

PENANAMAN POKOK DUKUNG ANAK UNTUK KAJIAN.


TARIKH : 15 MAC 2009 / 18 rabiulawal 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PENANAMAN POKOK DUKUNG ANAK UNTUK KAJIAN.
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK bersama-sama pelajar pusat giat ilmu Kampung Belau Merbok akan memulakan pencarian dan penanam pokok herba jenis dukung anak. Pokok ini ditanam untuk kajian kesesuaian tanah serta bagaimana cara untuk membiakannya.
Ini berikutan kajian daripada pihak Farmasi USM yang menyatakan bahawa pokok ini boleh dijadikan penawar bagi penyakit kencing manis dan penyakit hati. Maka pihak kelab mengambil langkah permulaan untuk memulakan kerja penanaman pokok tersebut. Ini merupakan langkah permulaan dan sokongan kepada kajian tersebut.
Sekian untuk makluman.

FOTO:MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT MINANGKABAU

foto memaparkan suasana semasa upacara perasmian pembukaan gelanggang silat minangkabau bagi cawangan kampung belau di bawah pengurusan kelab belau. alhamdulillah, penyertaan yang agak ramai pada malam tersebut. lebih daripada 200 orang memenuhi ruangan dan sekeliling gelanggang tersebut termasuk dewasa, belia dan kanak-kanak dari kampung belau, simpang tiga, merbok serta pesilat dan pasukan gendang daripada alor setar/ guar chempedak. daripada kampung bujang dan sungai batu besi. wujud seperti muafakat antara kampung.

majlis tersebut dirasmikan oleh ketua polis balai p[ekan merbok S.I Ellias. penyampaian cenderahati oleh MKK kampung belau en. sarip bin mat. disini juga dimaklumkan, latihan silat telah dimulakan sejak sebulan yang lalu. disini juga, sesiapa yang berminat untuk sama-sama menyertai boleh datang terus pada malam latihan tersebut iaitu pada jumaat malam sabtu dab selasa malam rabu setiap minggu.























































JEMPUTAN KE PERASMIAN PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT.

TARIKH : 09 MAC 2009 / 12 rabiulawal 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
JEMPUTAN KE PERASMIAN PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT.
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK bersama-sama pelajar pusat giat ilmu Kampung Belau Merbok akan menganjurkan majlis perasmian pembukaan gelanggang silat minangkabau. Sehubungan dengan itu, anda dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut. Butirannya adalah seperti berikut:

HARI : RABU MALAM KHAMIS
TARIKH: 11 MAC 2009 / 14 RABIULAWAL 1430 HIJRAH
JAM: 9.30 MALAM
TEMPAT: GELANGGANG SILAT KAMPUNG BELAU MERBOK
Sekian untuk makluman.


FOTO: SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430 HIJRAH PERINGKAT KAMPUNG BELAU


foto menunjukkan suasana sambutan maulidur rasul di kampung belau merbok. hampir 200 oarng menghadiri majlis tersebut. program yang dilaksanakan sempenan sambutan maulidur rasul tersebut adalah perarakkan yang dilaksanakan bersama pelajar-pelajar tuisyen sekitar kampung belau sehingga sempadan pekan merbok, seterusnya ceramah dan tazkirah maulidur rasul disampaikan oleh tuan guru hj abdul majid, selawat beramai-ramai, alunan nasyid serta jamuan makan





















































JEMPUTAN SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1430 HIJRAH.

TARIKH : 06 MAC 2009 / 09 rabiulawal 1430 H
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
JEMPUTAN SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1430 HIJRAH.
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK bersama-sama jemaah Pusat Tarbiyah Islam Kampung Belau Merbok akan menganjurkan majlis sambutan maulidul rasul bagi tahun 1430 hijrah. Sehubungan dengan itu, anda dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut. Butirannya adalah seperti berikut:

HARI : ISNIN
TARIKH: 09 MAC 2009 / 12 RABIULAWAL 1430 HIJRAH
JAM: 10: 00 PAGI
TEMPAT: PUSAT TARBIYAH ISLAM KAMPUNG BELAU MERBOK

Sekian untuk makluman.

“Bersama-sama kita memperingati hari bersejarah kelahiran rasul mulia junjungan kita”
“Segarnya Dalam Ingatan, Tika Kau Baru dilahirkan, Bersama Selawat Di Dendang, Itulah Tanda Kesyukuran”

“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”