Tuesday, January 20, 2009

SEPINTAS LALU TAZKIRAH BERKAITAN PALESTINE.

SEPINTAS LALU TAZKIRAH BERKAITAN PALESTINE.


----------- Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK DAN JEMAAH PUSAT TARBIYAH ISLAM KAMPUNG BELAU telah sama mendengar tazkirah berkaitan iman dan jihad berkaitan peristiwa pencerobohan dan serangan di Palestine oleh Israel.
Tazkirah tersebut disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim Abbas, iaitu pendakwah bebas dan merupakan bekas penasihat agama kepada Perdana Menteri, Dato` Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. Beliau juga mengupas isu-isu semasa berkaitan pejuang hamas di Palestine.
Tazkirah ini di bicarakan pada waktu selepas maghrib sehingga isyak. Soal jawab kemusyikilan juga diadakan pada akhir majlis.

0 comments: