Saturday, January 10, 2009

PROGRAM “JUST DO IT” UNTUK PELAJAR TUISYEN.


TARIKH : 30 DISEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
PROGRAM “JUST DO IT” UNTUK PELAJAR TUISYEN.
Dimaklumkan satu program motivasi cuti sekolah untuk pelajar tuisyen akan diadakan bertajuk “JUST DO IT” anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semalaysia cawangan Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Pusat Giat Ilmu Kampung Bujang, Pusat Giat ilmu Kampung Sungai Batu Besi dan Kampung Belau Merbok.
Program tersebut diadakan di Kampung Bujang. Pelbagai aktiviti bakal di anjurkan seperti edaran. Program tersebut diadakan selama 3 hari bermula 1 januari sehingga 3 januari 2009. Perasmiannya akan di sempurnakan oleh Yg. Bhg. Prof. Madya Dato` Dr. Faiz Ahmad, Timbalan Naib Canselor UUM dan Y.B Dr. Hj. Hamdan Mohammed Khalib, Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah.
Program tersebut bertujuan untuk menanam sifat semangat untuk belajar dikalangan pelajar luar Bandar. Ini kerana dengan pelajarannya sahaja yang boleh mengubah corak masa depan mereka dan keluarga pada masa akan datang. Rata-rata pelajar di kawasan ini berasal dari keluarga sudsah dan miskin. Pekerjaan utama penduduk di sini ialah nelayan, penoreh getah, pesawah dan bekerja sendiri.


“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

0 comments: