Tuesday, January 20, 2009

Sepintas Lalu: PRORAM KEICARMANIA DI BUKIT AIR PERLIS.

Sepintas Lalu: PRORAM KEICARMANIA DI BUKIT AIR PERLIS.
Pelbagai aktiviti di jalankan di sini. Aktiviti ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahimbersama ahli kelab keicarmania.com. dengan cara ini, pertemuan sesame ahli dapat di rapatkan. Antara aktiviti yang dijalankan:





- Kutipan tabung dana untuk Gaza-Palestine
- Music chair
- Teka kacang
- Sukan air-polo









- Makan bihun
- Berkelah tengahari
- Borak santai










SUMBANGAN BATU UNTUK PUSAT TARBIYAH.

TARIKH : 18 januari 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
SUMBANGAN BATU UNTUK PUSAT TARBIYAH.











Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK telah menyumbangkan batu bata terpakai untuk pusat tarbiyah kampung belau merbok. Hasil rundingan ahli kelab bersama kontraktor berkaitan, maka batu bata terpakai yang diperolehi daripada kerja naik taraf klinik kesihatan merbok telah dihantar ke pusat tarbiyah. Segala kos adalah di tanggung pihak kelab.

Batu bata ini bertujuan untuk menyama ratakan jambatan yang di bina dengan halaman bangunan pusat tarbiyah tersebut. Selain itu, bangunan ini juga menempatkan aktiviti palajar tuisyen, belia dan jemaah untuk bersolat, bacaan kitab, marhaban, berzanji dan majlis ilmu yang lain.

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM BERSAMA KEICARMANIA.COM MALAYSIA CAWANGAN UTARA DI BUKIT AIR PERLIS.

TARIKH : 18 januari 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM BERSAMA KEICARMANIA.COM MALAYSIA CAWANGAN UTARA DI BUKIT AIR PERLIS.


Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK telah di jemput dan mnyertai program bersama kelab keicarmania.com Malaysia bagi cawangan utara. Konvoi bermula dari stesen bas Guar Chempedak pada awal pagi. Kemudiannya konvoi membuat perjalanan ke Alor Star untuk berkumpul disana.
Seterusnya konvoi ini meneruskan perjalanan Kangar, Perlis. Disini kesemua peserta di kumpulkan di kawasan parking di taman berdekatan Hospital Tunku Fauziah Kangar. Lebih daripada 50 buah kenderaan kompak di kumpulkan disini bersama jawatankuadsa keicarmania dan marshall.
Seterusnya kelab membuat konvoi ke pusat rekreasi bukit air perlis. Konvoi di iringi oleh bahagian keselamatan marshall kelab. Sampai di bukit air, semua kenderaan di susun di lot parking secara susunan pameran. Pelbagai aktiviti dijalankan....

LAWATAN CEO DARI KSDC INSURANCE.

TARIKH : 17 januari 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
LAWATAN CEO DARI KSDC INSURANCE.


Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK dan pelajar tuisyen dengan berbesar hati telah menerima lawatan dan kunjungan CEO Hajjah Shahidah Hashim bersama pembantu daripada KSDC Insurance Brokers Sdn. Bhd. (Kedah State Development Corporation) dari Alor Star Kedah.

----------- Lawatan tersebut turut melawat bangunan tuisyen dan para pelajar serta mendapat makluman berkaitan aktiviti yang dijalankan oleh kelab pendidikan, sukan dan kebajikan kampung belau merbok. Selain itu, lawatan juga sempat berjumpa bersama para waris pelajar tuisyen.
Seterusnya, kunjungan tersebut melawat pusat tuisyen di kampung sungai batu besi dan pusat giat ilmu kampung bujang. Kunjungan ini mendapat makluman lanjut daripada penaung gabungan pusat tuisyen iaitu Tuan Hj. Romli Bakar.

SEPINTAS LALU TAZKIRAH BERKAITAN PALESTINE.

SEPINTAS LALU TAZKIRAH BERKAITAN PALESTINE.


----------- Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK DAN JEMAAH PUSAT TARBIYAH ISLAM KAMPUNG BELAU telah sama mendengar tazkirah berkaitan iman dan jihad berkaitan peristiwa pencerobohan dan serangan di Palestine oleh Israel.
Tazkirah tersebut disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim Abbas, iaitu pendakwah bebas dan merupakan bekas penasihat agama kepada Perdana Menteri, Dato` Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. Beliau juga mengupas isu-isu semasa berkaitan pejuang hamas di Palestine.
Tazkirah ini di bicarakan pada waktu selepas maghrib sehingga isyak. Soal jawab kemusyikilan juga diadakan pada akhir majlis.

SUASANA PEMBUKAAN TUISYEN SESI BARU 2009.

TARIKH : 16 januari 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
SUASANA PEMBUKAAN TUISYEN SESI BARU 2009.








----------- Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU MERBOK telah membuka semula kelas tuisyen percuma di pusat giat ilmu kampung blau bermula pada 16/01/2009. Segala jadual yang termaktub adalah sama seperti tahun sebelumnya (2008).
Kehadiran pembukaan baru agak memuaskan tetapi tidak penuh. Ini kerana hebahan tidak dilaksanakan. Hanya yang mengetahui sahaja. Kebanyakkannya adalah daripada penduduk kampung setempat.










----------- Jumlah kehadiran adalah lebih kurang 45% daripada jumlah keseluruhan. Walau bagaimanapun jumlah ini di jangka meningkat pada minggu akan datang seperti pengalaman kelab sebelum ini. Selain itu, kehadiran pelajar baru juga mulai berminat dengan program ini dan mula hadir pada hari pertama pembukan.

Monday, January 19, 2009

BERSAMAMU PALESTINE.....

selamatkan negara palestine


-----------FOTO memaparkan gambar dari palestine. umat islam kita di sanan di bom setiap hari. apa salah dan dosa mereka? kanak-kanak, wanita dan warga tua adalah majoriti yang menjadi korban kekejaman dan keangkuhan rejim zionis israel laknatullah.
semoga umat islam kita yang syahid di sana ditempatkan di syurga dan tinggi darjatnya disi Allah s.w.t.....









Saturday, January 17, 2009

GALERI FOTO-FESTIVAL-JABATAN KERAJAAN

sepintas lalu ketika program festival masysarakat lestari di kg sungai batu besi. lebih kurang 13 jabatan kerajaan terlibat dalam pameran di program tersebut termasuk perkhidmatan awam, kesihatan dan lain-lain lagi termasuk pihak universiti UiTM, USM dan AIMST.











GALERI FOTO-FESTIVAL-GAMBAR KENANGAN PROGRAM....

gambar kenangan program festival tersebut bersama keicarmania.com, cetree, pejabat kesihatan, uti audio dan y.b exco kerajaan negeri.....













GALERI FOTO-FESTIVAL-LAWATAN KE KELAB BELAU

TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA kepada pihak kaitangan perpustakaan USM yang sudi mengadakan lawatan ke pusat giat ilmu kampung belau merbok.
lawatan ini diadakan pada malam sempena festival masyarakat lestari di pusat giat ilmu sungai batu besi. laewatan tersebut adalah pada pukul 11:00 malam. pihak kelab amt berbesar hati atas kunjungan tersebut yang di pimpin oleh en. pisol.
terima kasih atas sokongan dan sumbangan yang di berikan.
pihak kelab akan cuba untuk terus memantapkan segala aktiviti untuk masa akan datang.....





FOTO GALERI-FESTIVAL-TIANG LICIN




salah satu adengan pertandingan yang sempat di rakamkamkan oleh kelab belau iatu panjat tiang licin. agak tinggi tiang itu. nasib baik peserta akhir dapat juga memenangi pertandinagn tu. kalau tidak, duit rm 100 kat atas tue sapa nak ambil.
cukup meriah bagi pertandingan akhir ini. ia merupakan puncak bagi festival ini sebelum penyampaian hadiah. suasana sorak sorai memenuhi ruang festival.
tahniah untuk semua....