Wednesday, August 27, 2008

TUISYEN MINGGUAN KITA...










tuisyen mingguan tetap diteruskan setiap minggu seperti biasa walaupun pelbagai aktiviti dijalankan. sehingga kini, jadual yang di keluarkan mengikut perlaksanaan. tiada perubahan yang dikeluarkan samada penukaran masa atau waktu kelas.


dengan penambahan pelajar sehingga 200 lebih ini, kelab telah telah berbincang dengan tenaga bimbingan lain untuk sama-sama membantu aktiviti tuisyen tersebut. tenega bimbingan tersebut juga bertindak sebagai back-up sekiranya berlaku pertindihan kelas atau penukaran tenaga bimbingan lain.

ROMBONGAN/LAWATAN KE PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK DARI USM & KUALA LUMPUR



















Sehubungan dengan perkara di atas, Kelab Pendidikan Dan Kebajikan Puncak Lembah Bujang bersama Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kampung Belau Merbok bersama ahli majlis mesyuarat kelab dengan ini merancang untuk menyambut dan meraikan kehadiran tetamu tersebut. Dengan ini juga sedikit jamuan diadakan untuk meraikan kehadiran bulan ramadhan.
Maka dengan ini kelab menjemput ahli/biro/seluruh penasihat kelab/para waris dan pelajar untuk memeriahkan majlis tersebut.

BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
HARI : SABTU
TARIKH : 23/08/2008 (10.00 PAGI)
TEMPAT : DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU


“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

MEMBANTU MENYIAPKAN BANGUNAN 2 TINGKAT...










ahli/biro kelab KPSDK adalah dialu-alukan untuk membantu usaha membangunkan & menyiapkan bangunan 2 tingkat di pinggir jalan masuk kampung berdekatan dengan sempadan kampung bukit hj omar.
tujuan bangunan tersebut di bina adalah untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan di sekitar kampung belau yangh boleh memberi manfaat kepada seluruh masyarakat. nama rasmi bangunan tersebut akan di cadangkan kemudian oleh pihak terbabit.
pihak kelab dengan ini akan membantu usaha penduduk dalam membina bangunan tersebut. bangunan tersebut di fahamkan akan disiapkan sebelum bulan ramadhan ini.
sekian untuk makluman.