Saturday, August 23, 2008

PROJEK KAIN RENTANG HIJAU-KUNING









Sehubungan dengan perkara di atas, Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kampung Belau Merbok akan melaksanakan kempen kibar bendera hijau-kuning. Ini adalah bersempena dengan kejayaan KFA ( Persatuan Bolasepak Kedah) telah berjaya merangkul Piala Super didalam Liga Super Malaysia & Piala FA.









KFA juga memburu piala seterusnya iaitu Piala Malaysia dengan perlawanan akhir bersama Selangor FC. Pada ketika ini, KFA sedang melangkah seterusnya ke suku akhir Piala AFC. Pihak Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kampung Belau menyokong sepenuhnya usaha KFA memburu kejayaan tersebut.





Sebagai memberi sokongan, pihak kelab KPSDK akan berusaha untuk mengibarkan beberapa bendera hijau-kuning di sekitar jalan Kampong Belau umumnya. Di harap usaha ini dapat meningkatkan semangat kesukanan di kalangan belia dan remaja Kampung Belau Merbok.

“BIAR JASA JADI KENANGAN”




LINK Berita/surat khabar DI BLOGGER KELAB









Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan bahawa kelab pendidikan, sukan dan kebajikan Kampong Belau melancarkan LINK akhbar/berita di blogger kelab. LINK akhbar/berita ini mengandungi function akhbar/berita yang terdapat dalam laman web berkaitan.
LINK akhbar/berita di blogger kelab adalah bertujuan untuk rujukan para pelajar dan ahli kelab yang melayari blogger kelab. Logo/nama link tersebut adalah seperti yang di paparkan dibawah ini.
BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
- Berita harian
- Harian metro
- Utusan malaysia
- Karang kraf Malaysia/mastika
- Malaysia kini

*** berita/akhbar/maklumat lain sedang mendapatkan makluman dan akan di beritahu di maklumkan kemudian.

“ILMU SULUH PENGHIDUPAN”

LINK UNIVERSITI DI BLOGGER KELAB


Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan bahawa kelab pendidikan, sukan dan kebajikan Kampong Belau melancarkan LINK UNIVERSITI di blogger kelab. LINK UNIVERSITI ini mengandungi function DALAM universiti yang terdapat dalam blog kelab mengandungi maklumat university.
Link universiti di blogger kelab adalah bertujuan untuk rujukan para pelajar dan ahli kelab yang melayari blogger kelab. Logo link tersebut adalah seperti yang di paparkan dibawah ini.
BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Universiti Putra Malaysia
- Universiti Teknologi MARA
*** Universiti lain sedang mendapatkan makluman dan akan di beri tahu kemudian.

TAHNIAH KEDAH.....


Sekali lagi pasukan kedah (KFA) melakar sejarah apabila menang di stadium bukit jalil dengan membenamkan selangor dengan jaringan 3 - 2 di hadapan 50,000 lebih penonton. Kedah melakar sejarah baru tanah air apabila membuat "Double Treble" dengan mengekalkan kemenangan 3 piala (piala malaysia, piala FA dan piala super) untuk dua musim berturut-turut.

Pihak Kelab KPSDK kg belau hanya menghantar wakil ke stadium melalui biro pembangunan dan perlaksanaan program untuk memeriahkan suasana dan sebagai wakil kelab. ini kerana pihak kelab terlibat dalam penganjuran projek bantuan buku dan pakaian di pusat giat ilmu kampung belau merbok bersama rombongan kakitangan dan staff daripada Universiti Sains Malaysia dan Universiti Of California, San Diego.