Saturday, August 9, 2008

satu lagi projek tajaan kelab.....

ada lagi projek. ..nak naik taraf gelanggang badminton. nak main pada waktu malam. kutip tiang talifon untuk memasang lampu di sekitar gelanggang.....malu kat orang aihhh...bawak tepi jalan....











PROJEK MENGUSUNG/UBAH tiang talifon untuk di jadikan tiang lampu untuk gelanggang badminton di KAMPUNG BELAU MERBOK.
Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan bahawa kelab pendidikan, sukan dan kebajikan Kampong Belau bersama ahli majlis mesyuarat kelab dengan ini merancang untuk memindahkan / mengubah tiang talifon terpakai untuk dijadikan tiang lampu di gelanggang badminton kampong belau. Jaraknya sekitar 2 KM. Dengan itu, sesiapa yang mempunyai kelapangan adalah di alu-alukan untuk menyertai kerja-kerja tersebut.
BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
HARI : JUMAAT
TARIKH : 08/08/2008 (6.00 PETANG)
TEMPAT : DI GELANGGANG BADMINTON KG BELAU
&
LORONG KE PUSAT GIAT ILMU KG BELAU (KEDAI NON)
“BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DI JINJING”
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PROJEK MENGUSUNG/UBAH JELAPANG PADI UNTUK DIJADIKAN MINI PERPUSTAKAAN DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK.

masih ada lagi semangat gotong-royong. jelapang padi terpakai di tepi sawah diusung untuk dijadikan perpustakaan mini di pusat giat ilmu kampung belau merbok. nak buat baru budget tak dak. guna apa yang ada. boleh gak budak-budak tuisyen baca buku daripada dok merapu saja.














PROJEK MENGUSUNG/UBAH JELAPANG PADI UNTUK DIJADIKAN MINI
PERPUSTAKAAN DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK.
Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan bahawa kelab pendidikan, sukan dan kebajikan Kampong Belau bersama ahli majlis mesyuarat kelab dengan ini merancang untuk memindahkan jelapang padi di sebelah gelanggang badminton ke tapak pusat giat ilmu kampong belau. Jaraknya sekitar 2 KM. Dengan itu, sesiapa yang mempunyai kelapangan adalah di alu-alukan untuk menyertai kerja-kerja tersebut.
BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
HARI : JUMAAT
TARIKH : 08/08/2008 (4.00 PETANG)
TEMPAT : DI SEBELAH GELANGGANG BADMINTON KG BELAU
&
PUSAT GIAT ILMU KG BELAU
“BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DI JINJANG”
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PEMBUKAAN RASMI GELANGGANG BADMINTON DI KAMPUNG BELAU MERBOK.

main badminton untuk isi masa lapang dan berfaedah. mana tau...kot2 ada yang boleh ganti rashid sidek....







PEMBUKAAN RASMI GELANGGANG BADMINTON DI KAMPUNG BELAU MERBOK.
Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan penduduk Kampong Belau bersama ahli majlis mesyuarat kelab dengan ini melancarkan pembukaan rasmi gelanggang badminton di kampong belau. Dengan itu, gelanggang tersebut boleh digunakan dan terbuka kepada ahli Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kg Belau dan anak-anak kampung.
BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

HARI : JUMAAT
TARIKH : 08/08/2008 (5.00 PETANG)
TEMPAT : DI GELANGGANG BADMINTON KG BELAU
“BERSUKAN UNTUK KESIHATAN”
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

CADANGAN MEMBANGUNKAN MINI PERPUSTAKAAN DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK.

CADANGAN MEMBANGUNKAN MINI PERPUSTAKAAN DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK.
Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan penduduk Kampong Belau bersama ahli majlis mesyuarat kelab bercadang untuk membina dan membangunkan mini perpustakaan di kampong belau. Dengan itu, Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kg Belau akan mengadakan perbincangan dan mesyuarat bersama Tn. Hj. Romli dan Kelab Pendidikan dan kebajikan lembah bujang berkaitan.
BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

HARI : SELASA
TARIKH : 05/08/2008 (9.00 malam)
TEMPAT : DI PUSAT GIAT ILMU LEMBAH BUJANG
“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”