Friday, August 1, 2008

MEMBANTU MEMINDAHKAN BANGUNAN SURAU LAMA KE KAMPUNG BELAU MERBOK.




Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan penduduk Kampong Belau bersama ahli majlis mesyuarat kelab bercadang untuk memindahkan bangunan lama surau di batu hampar merbok ke kampong belau. Dengan itu, Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kg Belau di minta membantu untuk melaksanakan kerja-kerja pemindahan surau tersebut yang telah diwakafkan. Sesiapa yang punyai masa kelapangan adalah dialu-alukan untuk melaksanakan tujuan tersebut.

BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

HARI : JUMAAT (JAM 3:00 PETANG)-SELEPAS SOLAT JUMAAT
TARIKH : 01/08/2008
TEMPAT : SURAU LAMA,BATU HAMPAR(MAKTAB MAHMUD)
& DI TAPAK BARU KG BELAU MERBOK
“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

PROJEK MEMBANGUNKAN GELANGGANG BADMINTON.

PROJEK TERBARU
merekabentuk,membangunkan dan menyiapkan gelanggang badminton di tanah persendirian di kampung belau. ini bertujuan untuk aktiviti belia kempung. pihak kelab bercadang untuk memasang lampu dan spot light untuk bermain pada waktu malam. selain itu juga, perlaksanaan kerja ini selaras dengan persetujuan mesyuarat dan perjumpaan kelab yang diadakan pada pertengahan bulan yang lalu.

















PROJEK MEMBANGUNKAN GELANGGANG BADMINTON.
Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kg Belau akanmelaksanakan kerja-kerja membina dan menyiapkan gelanggang badminton di Kg Belau. Sesiapa yang punyai masa kelapangan adalah dialu-alukan untuk melaksanakan tujuan tersebut.
BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

HARI : RABU (JAM 5:00 PETANG)
TARIKH : 30/07/2008
TEMPAT : TAPAK GELANGGANG/SEBELAH UMAH EX
KG BELAU MERBOK

“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

BIMBINGAN KELAS MUET


PADA CUTI UMUM - HARI ISRAK MIKRAJ pihak kelab telah menganjurkan bimbingan kelas untuk peperiksaan MUET-Malaysian University English Test. Kelas tersebut khas kepada beberapa pelajar dari SAR- sekolah agama sungai limau. terdiri daripada 9 orang.

kelas tersebut telah diadakan pada hari tersebut (rabu-30/07/2008) dari jam 10:30 pagi hingga 1.00 petang. kelas tersebut akan diadakan lagi bergantung kepada perbincangan akan datang sebelum peperiksaan bermula. tujuan kelas tersebut adalah supaya dapat membiasakan diri dengan cara mengambil MUET.


koleksi gambar tiada.tidak dapat dipaparkan.