Saturday, December 20, 2008

CADANGAN PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT.


TARIKH : 11 DISEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
CADANGAN PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT.

Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU telah berbincang mengenai untuk melaksanakan aktiviti silat di kampung belau merbok. Program ini akan di laksanakan pada waktu malam. Cadangan ini berikutan timbul rasa minat di kalangan ahli kelab melalui program kerjasama yang di laksanakan ketika program kesihatan dan sains bulan lalu.
Program tersebut telah menjemput pasukan seni silat minangkabau di bawah pimpinan pak lang abdul hamid. Perbincangan awal telah di laksanakan. Perbincangan susulan akan dilakukan selepas mesyuarat kelab dalam tempoh terdekat.
Diharapkan program ini dapat dilaksanakan demi memupuk semangat di kalangan ahli kelab dan belia kampung seterusnya mengembalikan kegemilangan silat di dalam jiwa orang melayu khususnya remaja dan penduduk kampung amnya.

0 comments: