Tuesday, November 18, 2008

PERBINCANGAN CADANGAN PEMBINAAN TANDAS DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK UNTUK PELAJAR TUISYEN

TARIKH : 02 NOVEMBER 2008
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN

PERBINCANGAN CADANGAN PEMBINAAN TANDAS DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK UNTUK PELAJAR TUISYEN
Dimaklumkan bahawa KPSDK KG BELAU bersama waris pelajar dan pengasas kelab (kelab puncak lembah bujang) telah mengadakan perbincangan mengenai draf awal untuk membina tandas di pusat giat ilmu kampung belau merbok. Ini bertujuan untuk kemudahan pelajar. Ini selaras dengan peningkatan pelajar di pusat tuisyen ini.
Cadangan yang di kemukakan adalah untuk membina 3 unit tandas. 2 unit untuk pelajar lelaki dan perempuan. Manakala yang satu lagi adalah untuk tetamu vip/oku. Cadangan draf ini akan di kemukakan kepada pihak asian-pasific-organisation untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya.
Maka pihak kelab akan menyediakan pelan dan langkah kerja-kerja spesifikasi untuk tujuan tersebut. Walaubagaimanapun, langkah ini adalah peringkat permulaan. Diharapkan dapat berjalan dengan lancar. Semoga langkah dan usaha tersebut Berjaya.

SEKIAN, UNTUK MAKLUMAN................

“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

0 comments: