Tuesday, September 2, 2008

PROGRAM sambutan ramadhan al-mubarak




Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan bahawa kelab pendidikan, sukan dan kebajikan Kampong Belau di alu-alukan untuk bersama-sama menyertai program sambutan bulan ramadhan al-mubarak dan pembukaan bangunan baru. Sambutan tersebut akan di lakukan di bangunan baru 2 tingkat di pinggir jalan kampung belau merbok.
Di fahamkan bangunan tersebut telah di namakan sebagai pusat tarbiyah kampung belau. Program yang dirancangkan ialah solat maghrib, bacaan yassin, tahlil, solat tarawih dan jamuan. Ahli/ biro/ajk adalah dialu-alukan untuk menyertai program tersebut. Seluruh ahli juga diharapkan untuk sama-sama berjemaah solat sunat terawih sepanjang bulan ramadhan di bangunan tersebut.

BUTIRAN SEPERTI BERIKUT:
HARI : AHAD ( 07.30 MALAM & SEPANJANG RAMADHAN)
TARIKH: 31 OGOS 2008
TEMPAT : PUSAT TARBIYAH KG BELAU MERBOK.

***PENGHAYATAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
***HAYATILAH BULAN RAMADHAN YANG HANYA DATANG SEKALI SETAHUN.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

0 comments: