Saturday, August 9, 2008

PROJEK MENGUSUNG/UBAH JELAPANG PADI UNTUK DIJADIKAN MINI PERPUSTAKAAN DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK.

masih ada lagi semangat gotong-royong. jelapang padi terpakai di tepi sawah diusung untuk dijadikan perpustakaan mini di pusat giat ilmu kampung belau merbok. nak buat baru budget tak dak. guna apa yang ada. boleh gak budak-budak tuisyen baca buku daripada dok merapu saja.














PROJEK MENGUSUNG/UBAH JELAPANG PADI UNTUK DIJADIKAN MINI
PERPUSTAKAAN DI PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU MERBOK.
Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini di maklumkan bahawa kelab pendidikan, sukan dan kebajikan Kampong Belau bersama ahli majlis mesyuarat kelab dengan ini merancang untuk memindahkan jelapang padi di sebelah gelanggang badminton ke tapak pusat giat ilmu kampong belau. Jaraknya sekitar 2 KM. Dengan itu, sesiapa yang mempunyai kelapangan adalah di alu-alukan untuk menyertai kerja-kerja tersebut.
BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
HARI : JUMAAT
TARIKH : 08/08/2008 (4.00 PETANG)
TEMPAT : DI SEBELAH GELANGGANG BADMINTON KG BELAU
&
PUSAT GIAT ILMU KG BELAU
“BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DI JINJANG”
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

0 comments: